Bigo Live Bakal Menyinari Seoul dengan Seventh Annual Awards Gala pada tahun 2026
SEOUL, KOREA SELATAN -
Media OutReach Newswire - 21 Januari 2026 - Bigo Live, satu daripada platform sosial penstriman langsung yang paling pesat berkembang di dunia dengan lebih daripada
600 juta pengguna berdaftar merentasi 150 buah negara, telah mengumumkan edisi ketujuh acara perdana tahunannya, iaitu
BIGO Awards Gala. Bertemakan
"SEOUL LIGHTS, BIGO NIGHTS," acara yang amat dinanti-nantikan itu akan diadakan di Dewan KBS di Seoul pada hari Jumaat, 23 Januari 2026, untuk meraikan semangat dan kreativiti komuniti global pencipta kandungannya sepanjang tahun lepas.
BIGO Awards Gala 2026
Tema tahun ini, "SEOUL LIGHTS, BIGO NIGHTS" merakamkan semangat tinggi acara tersebut, di mana usaha bertenaga para pencipta Bigo Live sudah pasti akan menyinari kota Seoul. Gala ini akan memberi penghargaan kepada semangat dedikasi dan bakat pencipta dan keluarga platform tersebut, mengubah setiap saat menjadi satu detik perayaan bersama yang unik dan sukar untuk dilupakan. Seoul telah dipilih sebagai kota hos untuk BIGO Awards Gala tahun ini kerana ia berdiri di titik persimpangan di mana kreativiti, teknologi dan kebudayaan bertembung, yang mencerminkan kerancakan sebuah komuniti yang saling berhubungan secara global yang dibina oleh Bigo Live secara berterusan.
Acara yang dipadati dengan ramai bintang terkenal itu dijangka mengalu-alukan kedatangan lebih daripada 1,200 tetamu dari seluruh dunia, termasuk mereka yang berasal dari Asia, Eropah, Timur Tengah, Amerika Utara dan Selatan, dan Afrika. Perayaan akan bermula dengan acara karpet merah awam, yang menawarkan satu kilas pandangan terhadap kehebatan tenaga dan kerancakan acara tersebut.
"Tenaga dinamik Seoul adalah latar belakang yang cukup sempurna untuk Gala 2026 kami," kata seorang jurucakap dari Bigo Live. "'SEOUL LIGHTS, BIGO NIGHTS' bukanlah hanya sekadar tema semata-mata, namun sebenarnya mencerminkan bagaimana pencipta kami menerangi platform itu dengan bakat dan semangat juang mereka. Kami amat teruja untuk membawa komuniti global kami bersama ke kota hebat ini untuk meraikan pencapaian dan perhubungan utuh yang mereka telah jalinkan."
Acara ini akan memberi penghargaan kepada lebih daripada 200 pencipta kandungan dan keluarga terpilih di atas sumbangan hebat mereka sepanjang tahun lepas, dengan pemenang bakal menerima sebuah trofi dan ganjaran dalam-aplikasi, dengan beberapa penerima anugerah terpilih juga akan turut dipaparkan pada papan iklan digital utama yang terletak di Gangnam; sebuah daerah media yang amat berprofil tinggi, seterusnya meluaskan lagi pengiktirafan melangkaui platform itu.
Acara gilang gemilang ini juga akan mempertonton pelbagai persembahan menarik – dari muzik live sehingga pertunjukan band oleh artis-artis antarabangsa, termasuk persembahan khas oleh kumpulan muzik pop wanita Korea Selatan
FIFTY FIFTY dan tripleS, yang pasti akan mewujudkan satu suasana amat mengasyikkan di mana kreativiti global bertembung pada satu ritma yang dikongsi bersama.
Tatkala acara malam tersebut berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keterujaan, Bigo Live juga akan mendedahkan satu koleksi kotak-misteri eksklusif yang memaparkan maskot mesranya, mini-Dinos, lantas membawakan satu lagi kejutan ekstra pada malam hebat tersebut.
Bagi penonton di seluruh dunia, BIGO Awards Gala 2026 akan disiarkan secara langsung di saluran Music Live House Bigo Live (Bigo ID: music) dan laman web rasmi Bigo.tv. Siaran langsung itu akan bermula dengan Karpet Merah pada 3:00 petang (GMT+9), diikuti dengan Majlis Gala pada 7:00 petang (GMT+9). Penonton di bilik live boleh mengundi untuk pencipta kandungan dan keluarga kegemaran mereka semasa malam gala itu untuk tiga anugerah istimewa: "PENYIAR PALING POPULAR," "KELUARGA PALING POPULAR," dan "BINTANG GALA."
Untuk menyertai komuniti global Bigo Live dan mengikuti acara BIGO Awards Gala 2026, muat turun
Bigo Live app atau lawati laman web rasmi. Ikuti Bigo Live di
Facebook dan
Instagram untuk kemas kini terbaru.
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Bigo Live
Bigo Live merupakan satu daripada komuniti sosial penstriman secara langsung yang paling pesat berkembang di dunia di mana pengguna melakukan siaran dalam masa sebenar, berkongsi detik-detik kehidupan dan mempamerkan bakat mereka, serta berinteraksi dengan orang dari seluruh dunia. Bigo Live mempunyai lebih daripada 600 juta pengguna di lebih daripada 150 buah negara. Dilancarkan pada bulan Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh BIGO Technology, yang bertapak di Singapura.