Huawei Mengeluarkan "R.I.S.E" iaitu Arkitektur Rujukan Cloud Kerajaan Kebangsaan



SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 September 2025 - Di Sidang Kemuncak Cloud & AI Sektor Awam Global 2025, Huawei secara rasmi telah mengeluarkan "R.I.S.E" iaitu arkitektur rujukan Cloud Kerajaan Kebangsaan, sekaligus mempercepatkan transformasi pintar di negara itu.

Solusi Huawei Mensasar terhadap Cabaran dalam Perkhidmatan Awam
Li Junfeng (Wind), Timbalan Presiden Huawei dan CEO BU Sektor Awam Global
Li Junfeng (Wind), Timbalan Presiden Huawei dan CEO BU Sektor Awam Global

Dalam ucapan beliau, Li Junfeng (Wind), Timbalan Presiden Huawei dan CEO BU Sektor Awam Global, berkata bahawa dengan daya pacuan dari teknologi cloud dan AI, Huawei telah berjaya membina satu asas cloud yang disentralisasi, efisien, dan selamat, yang menyokong usaha transformasi pintar oleh pihak Kerajaan dan perkhidmatan awam, tatkala menyokong proses agregasi dan pemprosesan data, serta pengekstrakan nilai secara serentak.

Shan Zhiguang, Pengarah Jabatan Penginformasian dan Pembangunan Industri, Pusat Maklumat Negara, mengutarakan kenyataan bahawa transformasi China yang dipacu oleh ICT merupakan satu model yang amat berharga untuk tadbir urus pintar global.

Perwakilan dari DPO (Hong Kong), CCK (Tunisia), Ankabut (UAE), dan AIPMC (Huadu, Guangdong) turut menyampaikan ucapan masing-masing di acara tersebut.

Di sidang kemuncak itu, Encik Hong-Eng Koh, Ketua Saintis dari BU Sektor Awam Global Huawei, telah membuka tirai "R.I.S.E" iaitu arkitektur rujukan Cloud Kerajaan Kebangsaan, yang melibatkan empat solusi penting:

  1. Infrastruktur yang Berdaya Tahan & Boleh Dipercayai: Cloud Kerajaan Kebangsaan menyediakan satu infrastruktur cloud yang berdaya tahan dan boleh dipercayai, memastikan keselamatan data dan operasi yang stabil untuk aplikasi-aplikasi kritikal.
  2. Selamat & Berdaulat: Untuk menangani cabaran keselamatan digital kebangsaan secara mandiri, Huawei menawarkan pelbagai model penggunaan (contohnya cloud awam, cloud stack penuh yang didedikasikan, dan Cloud Stack Huawei). Melalui arkitektur yang disatukan, teknologi yang disinkronisasi, dan satu ekosistem yang dikongsikan, solusi ini berupaya menyokong penstoran, aliran, dan penggunaan data secara selamat dan boleh dipercayai.
  3. Inovatif & Kesiapsagaan AI: Arkitektur itu telah membina tiga platform keberkesanan untuk aplikasi, data, dan AI untuk mencapai tahap pembekalan dan penggunaan data yang efisien serta berkualiti tinggi. Huawei turut menyediakan agen pintar yang spesifik kepada Kerajaan dan ID Digital sebagai kebolehan teras untuk lapisan digital platform awam, seterusnya memberi sokongan padu kepada aplikasi Kerajaan peringkat lapisan-atas.
  4. Ekosistem yang Diperkayakan: Huawei telah menjadi rakan kongsi dengan lebih dari 100 pemain ekosistem merentasi sektor Kerajaan dan awam, giat membantu negara mempercepatkan transformasi digital pintar bagi sektor perkhidmatan awam.

Huawei melabur secara terus-menerus dalam inovasi, komited untuk menyampaikan solusi komprehensif yang menangani keperluan kritikal dalam usaha transformasi digital pintar dalam sektor perkhidmatan awam. Dengan meleveraj terhadap sinergi kekuatan cloud-AI tersebut, Huawei berupaya membantu menangani cabaran-cabaran utama. Pengeluaran arkitektur rujukan Cloud Kerajaan Kebangsaan menandakan permulaan satu era baharu "kolaborasi pintar" dalam penyampaian oleh perkhidmatan awam.

Memandang ke hadapan, Huawei akan meneruskan usaha untuk lebih mendalami penyepaduan cloud-AI, seterusnya memacu pembangunan yang berkualiti tinggi dalam era baharu ini.



Hashtag: #Huawei

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
ISSUER:

Huawei

CATEGORY:

Business

PUBLISHED ON:

25 Sep 2025 03:00pm

Past Press Releases

MORE
#Power & Energy #Technology

21 January 2026 2:20pm HKT

Huawei: 450 MHz LTE - The Key Driver Behind Digital Communication Networks

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW