Huawei dan Hospital Zhongshan Melancarkan Satu Model Global Yang Unggul untuk Sektor Penjagaan Kesihatan Pintar
SHANGHAI, CHINA -
Media OutReach Newswire - 25 September 2025 – Semasa acara HUAWEI CONNECT 2025 berlangsung, Huawei dan Hospital Zhongshan, Universiti Fudan (Hospital Zhongshan secara ringkas) telah melancarkan secara rasmi satu model global yang unggul untuk sektor Penjagaan Kesihatan Pintar.
Pelancaran Model Global Yang Unggul untuk Sektor Penjagaan Kesihatan Pintar
Shi Yinghong, Timbalan Presiden Hospital Zhongshan; Sean Zhou, Co-CEO dari United Imaging Intelligence; dan Li Junfeng, Timbalan Presiden Huawei dan CEO BU Sektor Awam Global, telah menyertai bersama dalam pelancaran model global unggul tersebut.
Seperti kata pepatah, "Untuk melakukan kerja yang baik, seseorang mesti menajamkan alatan mereka terlebih dahulu." Untuk membina sebuah hospital pintar yang memenuhi standard dan jangkaan serta harapan yang tinggi dari orang ramai, Hospital Zhongshan telah menjalin perkongsian dengan Huawei untuk membangunkan secara bersama satu ekosistem perkhidmatan penjagaan kesihatan yang baharu, yang memfokus terhadap satu asas pintar yang bersepadu, dan solusi berdasarkan senario.
Dari segi senario, dengan meleveraj pada inovasi bersama Huawei dengan rakan kongsinya, termasuk kampus hospital pintar dan teknologi perubatan pintar, Hospital Zhongshan telah melaksanakan secara progresif 8 senario teras dan 24 senario lanjutan bagi penjagaan kesihatan pintar. Ini telah membenarkan operasi pintar dijalankan merentasi 1 kampus induk dan 9 kampus cawangan secara seiringan dengan teknologi perubatan dan usaha penyelidikan yang diselaraskan, dan sekaligus menyokong inovasi saintifik dalam lebih daripada 40 jenis penyakit utama. Di jabatan radiologi, AI telah membantu doktor dengan anotasi dan analisa imej, dan penjanaan laporan, dan dengan demikian telah berjaya melonjakkan efisiensi diagnosa sebanyak 50%.
Dalam ulasan beliau, Gu Jianying, Setiausaha Parti Hospital Zhongshan, menekankan bahawa dengan pemerkasaan oleh teknologi canggih seperti perkomputeran dan penstoran lanjutan termaju, dan model AI berskala besar, Hospital Zhongshan akan meneruskan usaha untuk memacu demonstrasi dan penyebaran teknologi perubatan berinovatif merentasi seluruh lanskap penjagaan kesihatan.
Sean Zhou, Co-CEO dari United Imaging Intelligence, berkongsi pandangan bahawa dengan meleveraj terhadap asas kukuh model NEXUS uAI syarikat tersebut, enam agen penjagaan kesihatan yang dikhaskan telah ditempatkan di Hospital Zhongshan. Ini termasuk agen-agen untuk radiologi, prosedur pembedahan, dan pengurusan kawalan kualiti antara lain. Secara bersama, mereka telah membantu hospital itu untuk menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang saksama, berkualiti tinggi, dan efisien.
Li Junfeng, Timbalan Presiden Huawei dan CEO BU Sektor Awam Global, menyatakan bahawa dengan pemerkasaan dari AI, industri penjagaan kesihatan dengan pantas sedang memasuki satu era baharu pengalaman yang pintar dan dipersonalisasikan. Huawei kekal komited untuk memajukan dengan lebih lanjut lagi teknologi asas dan meneruskan usaha inovatif untuk mencari solusi berdasarkan senario. Melalui usaha ini, Huawei telah memberikan sokongan padu kepada Hospital Zhongshan dalam pembinaan satu model penjagaan kesihatan pintar yang terkemuka di peringkat global, membawa inovasi penjagaan kesihatan canggih China ke pentas antarabangsa.
Hashtag: #Huawei
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.