Huawei Mengeluarkan Kertas Putih bertajuk ISP/MSP Business Success Driven by RAMS
SHANGHAI, CHINA -
Media OutReach Newswire - 29 September 2025 - Semasa HUAWEI CONNECT 2025 berlangsung, Huawei telah mengeluarkan satu Kertas Putih bertajuk
ISP/MSP Business Success Driven by RAMS di sidang kemuncak tersebut yang bertemakan "Memperkasa Industri ISP/MSP dengan Semua Kepintaran dan Daya Ketahanan." Kertas Putih itu memperkenalkan rangka kerja RAMS —
ROI, Availability, Maintenance, and Security (ROI, Ketersediaan, Penyelenggaraan, dan Keselamatan), yang mensasar untuk membantu ISP dan MSP berkembang maju dalam AI dengan beralih dari penyediaan konektiviti semata-mata kepada penawaran perkhidmatan pintar.
York Yue, Timbalan Presiden Huawei, CEO BU ISP & OTT, menyampaikan ucapan
York Yue, Timbalan Presiden Huawei dan CEO BU ISP & OTT, berkata, "AI sedang berkembang dengan pantas. Untuk menavigasi perubahan itu, pusat data dan ISP mesti memfokus pada tiga aspek. Pertama untuk meningkatkan lebar jalur bagi mengendalikan pertumbuhan trafik yang meledak dan perubahan dalam arah trafik. Kedua, mereka mesti mengoptimumkan penempatan pusat data untuk memenuhi syarat kependaman AI yang ketat. Akhir sekali, mereka mesti meningkatkan lima-sembilan (99.999%) standard kebolehpercayaan bagi memastikan kestabilan operasi aplikasi AI. Huawei komited untuk bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi, dengan meleveraj teknologi AI canggih kami dan pengetahuan ekstensif berhubung industri ini, untuk memacu naiktaraf infrastruktur dan membina satu asas kukuh untuk dunia yang pintar."
Huang Dachuan, CTO Jabatan Pemasaran ICT dan Jualan Solusi Huawei, mengemukakan bahawa untuk menyokong perkhidmatan pintar 24/7, pelbagai senario, dalam masa sebenar, ISP dan MSP mesti membina rangkaian pintar untuk transmisi tanpa kehilangan, lebar jalur yang ultra-tinggi, pengembangan yang fleksibel, dan penempatan yang memudahkan. "Dipacu oleh visi kepintaran dan daya ketahanan, Huawei telah mencadangkan rangka kerja pintar RAMS, yang menyepadukan rangkaian akses fleksibel, rangkaian pengangkutan yang boleh berevolusi, dan platform cloud pintar," ujar Huang. "RAMS membenarkan pengembangan perkhidmatan atas-permintaan, O&M yang diautomasikan, dan pembetulan ralat pintar. Ini meningkatkan tahap kebolehpercayaan dan keselamatan rangkaian, serta pengalaman pengguna."
Mengeluarkan Kertas Putih ISP/MSP Business Success Driven by RAMS
Kertas Putih
ISP/MSP Business Success Driven by RAMS mencadangkan agar RAMS mensasar pada arkitektur dan menggunakan senario dunia sebenar untuk memeriksa solusi bagi pengoptimuman ROI, pembezaan dari segi penawaran perkhidmatan, operasi rangkaian pintar, dan rangkaian pengangkutan dengan tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Tujuannya adalah untuk menyediakan sokongan teknikal bagi ISP dan MSP untuk membina rangkaian yang pintar dan berdaya tahan, memacu inovasi dan pertumbuhan.
Huawei telah menyediakan produk dan solusi canggih untuk lebih daripada 5,000 ISP dan MSP merentasi lebih dari 120 buah negara dan rantau. Memandang ke hadapan, Huawei akan menggandakan pelaburan R&Dnya dalam integrasi rangkaian-AI dan bekerja lebih dekat dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk mempromosi pelaksanaan dan penggunaan secara komersial berskala besar teknologi yang inovatif ini.
Hashtag: #Huawei
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.