Huawei dan Universiti Jiao Tong Shanghai Melancarkan Satu Model Global Yang Unggul Bagi Sektor Pendidikan & Penyelidikan Pintar



SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 September 2025 – Semasa HUAWEI CONNECT 2025 berlangsung, Huawei dan Universiti Jiao Tong Shanghai (SJTU) telah bersama-sama melancarkan satu model global yang unggul bagi sektor pendidikan dan penyelidikan pintar.

Pelancaran Model Global Yang Unggul Bagi Sektor Pendidikan dan Penyelidikan SJTU
Pelancaran Model Global Yang Unggul Bagi Sektor Pendidikan dan Penyelidikan SJTU

Dengan meleveraj pada pemproses AI Ascend, server Kunpeng, platform pembangunan AI ModelArts, dan kepakaran teknologi rakan kongsinya, SJTU telah berjaya membina "Zhiyuan-1"— platform perkomputeran pintar terbesar di kalangan universiti-universiti China. Dengan membolehkan aliran data dan sumber perkomputeran yang efisien, platform tersebut berupaya menyokong latihan model AI berskala besar dengan beratus bilion parameter. Untuk merendahkan ambang bagi mengakses kuasa perkomputeran dan mempromosi perkongsian sumber inklusif dengan lebih lanjut lagi, "Zhiyuan-1" telah disepadukan sepenuhnya ke dalam sistem perkhidmatan perkomputeran peringkat universiti "Jiaowosuan". Ia menawarkan kepada fakulti dan para pelajar sebuah pusat perkhidmatan sehenti untuk aplikasi sumber perkomputeran, pengurusan tugasan, dan akses kepada akaun. Penyepaduan ini telah meningkatkan secara signifikan aksesibiliti dan efisiensi sumber perkomputeran pintar, menjadikan kuasa perkomputeran AI sebagai teras dan asas utama yang penting kepada penyelidikan sepertimana pentingnya air dan tenaga elektrik kepada kehidupan harian.

Li Peng, Timbalan Presiden Kanan Huawei dan Presiden Jualan & Perkhidmatan ICT, menyatakan bahawa penyepaduan AI dan data besar ke dalam pendidikan merupakan satu keutamaan global yang memacu inovasi dan memupuk bakat. Tatkala pengajaran tradisional berdasarkan teori semata-mata gagal untuk memenuhi keperluan industri untuk menghasilkan bakat merentas disiplin, latihan praktikal berdayakan-AI telah berjaya merapatkan jurang antara teori dan amalan sebenar secara efektif. Huawei akan meneruskan usaha untuk bekerjasama dengan universiti dan rakan kongsi globalnya, dengan meleveraj pada teknologi stack-penuh dan kepakaran industrinya, untuk mempercepatkan transformasi digital dalam pendidikan dan memupuk bakat untuk menyokong pembangunan berkualiti tinggi merentas industri.

Shen Hongxing, Setiausaha Pusat Rangkaian & Maklumat di SJTU, Lin Xinhua, Timbalan Pengarah pusat yang sama, dan Zhao Yixin, Timbalan Presiden BU Sektor Awam Global Huawei dan Pengurus Besar Industri Pendidikan dan Penjagaan Kesihatan, telah bersama-sama melancarkan Model Global Yang Unggul bagi sektor Pendidikan dan Penyelidikan Pintar. Inisiatif ini telah menetapkan satu penanda aras yang baharu untuk pendidikan tinggi dengan memajukan AI+HI dalam pengajaran, Computing+X dalam penyelidikan, dan tadbir urus kampus yang dipacu-AI. Secara bersama, tiga tunggak utama ini telah memupuk satu ekosistem AI yang lestari, bertaraf dunia dan memangkin inovasi kolaboratif merentasi sektor-sektor pendidikan, penyelidikan, dan pengurusan institusi.

Memandang ke hadapan, Huawei akan bersambung meleveraj pada kekuatan teknikalnya dalam AI dan data besar untuk memacu inovasi, bekerja secara erat dengan pelanggan dan rakan kongsinya untuk bersama-sama mewujudkan satu cetak biru yang bervisi untuk masa hadapan digital dan pendidikan pintar.




Hashtag: #Huawei

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
ISSUER:

Huawei

CATEGORY:

Healthcare

PUBLISHED ON:

29 Sep 2025 04:15pm

Past Press Releases

MORE
#Power & Energy #Technology

21 January 2026 2:20pm HKT

Huawei: 450 MHz LTE - The Key Driver Behind Digital Communication Networks

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW