Peluang Baharu dalam Anjakan Digital Asia Tenggara: Thailand Muncul sebagai Hab AI Baharu ASEAN
BANGKOK, THAILAND -
Media OutReach Newswire - 29 Disember 2025 – Tatkala perhatian global tertumpu pada perlumbaan AI, Thailand kini sedang mengorak langkah membentuk satu identiti baharu sebagai sebuah "Hab AI untuk Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)." Kerajaan sedang giat berusaha mengembangkan inisiatif "Thailand 4.0", yang memposisikan ekonomi digital sebagai kunci ke arah transformasi kebangsaan.
Pengembangan AI dan pusat data (DC) di Thailand sedang memacu beberapa tren transformatif:
1. Trafik besar yang memberi impak terhadap jaringan sedia ada: Berbanding dengan hab matang seperti Singapura, Thailand tidak mempunyai kabel submarin antarabangsa yang mencukupi. Satu volum data rentas-sempadan yang besar masih perlu ditransmisi melalui detour. Sementara itu, tatkala pelaburan DC melanjutkan kepesatan perkembangannya, trafik akan terus meningkat. Analisa menunjukkan bahawa menjelang tahun 2029, kapasiti DC Thailand mungkin menjangkau 2000 MW, dengan trafik rentas-rantau melonjak sehingga 630 Tbps. Arkitektur jaringan semasa tidak lagi mampu menampung trafik berat sedemikian.
2. Kelebihan latensi tidak direalisasikan sepenuhnya: Di sebalik kelebihan geografinya, prestasi latensi jaringan Thailand masih belum mencapai potensi penuhnya. Laluan ke pasaran utama, seperti China, masih memerlukan transit pihak ketiga. Tambahan pula, penjadualan jaringan tradisional masih kekurangan kebolehan bagi pemilihan laluan pintar, menjadikannya sukar untuk menyediakan jaminan pasti bagi perkhidmatan yang peka latensi seperti transaksi kewangan dan interaksi AI masa nyata.
3. Risiko berpotensi dalam kebolehpercayaan jaringan: Kebolehpercayaan jaringan Thailand menghadapi cabaran berstruktur. Kegagalan poin tunggal sebelum ini telah menyebabkan gangguan yang berakhir berjam lamanya kepada perkhidmatan kritikal, yang secara langsung melemahkan keyakinan pengguna perkhidmatan.
Untuk mengatasi cabaran-cabaran ini, Thailand telah mengambil satu pendekatan sistematik untk menaiktaraf infrastruktur digitalnya, yang mensasarkan untuk membina jaringan sedia-AI generasi seterusnya.
1. Membina konektiviti "laut-darat" lebar jalur ultra tinggi. Dengan memperkenalkan kabel submarin baharu secara aktif, Thailand boleh meningkatkan konektivitinya secara signifikan dengan rantau Asia Pasifik dan dunia secara amnya. Sementara itu, mempercepatkan pembinaan dan pengembangan laluan kabel daratan —seperti China-Laos-Thailand dan Thailand-Malaysia-Singapura—akan mentransformasi kelebihan geografi Thailand menjadi satu kelebihan konektiviti yang nyata.
2. Mengoptimumkan laluan jaringan untuk mewujudkan satu teras berlatensi rendah serantau. Memperkuatkan laluan kabel daratan Kunming-Laos-Thailand akan mengurangkan secara berterusan latensi transmisi antara China dan Thailand, memenuhi keperluan untuk aplikasi masa nyata. Sebagai tambahan, pengenalan jaringan autonomi akan membolehkan pemilihan secara automatik laluan yang optimal dan terpendek, beralih dari "usaha terbaik" kepada "latensi rendah yang pasti."
3. Merekabentuk satu arkitektur "tidak pernah diganggu" yang berdaya tahan. Memasang jaringan DC aktif-aktif dengan kebolehan switchover tahap milisaat memastikan keselanjaran perkhidmatan teras. Sementara itu, O&M pintar yang dipacu-AI boleh mengurangkan pengesanan ralat dan diagnosa dari berjam lamanya kepada hanya sekadar berminit sahaja.
Industri AI dan DC Thailand yang berkembang maju sedang memacu pertumbuhan pesat dalam permintaan bagi perniagaan serantau dan rentas-sempadan. Dalam tren ini, pembinaan infrastruktur jaringan berpusatkan pada DC merupakan enjin teras yang memacu transformasi AI, melonjakkan Thailand ke arah visinya untuk menjadi hab AI baharu untuk ASEAN.

- Corak trafik data yang berubah. Tatkala DC semakin bertambah di Bangkok, Chonburi, dan melangkauinya, Thailand sedang berubah dari sekadar sebuah "poin transit" data tradisional menjadi sebuah "hab pemusatan" serantau. Trafik digital Timur-barat sedang berkembang pesat, dengan kluster DC Thai semakin berjaya memenuhi permintaan perkomputeran di Asia Tenggara dan kawasan Asia Pasifik yang lebih luas.
- Routing data yang dioptimumkan. Aliran data yang satu keitka dahulu bergantung kepada kabel submarin melalui Hong Kong dan Singapura kini sedang beralih secara beransur-ansur kepada koridor digital berdasarkan daratan yang menghubungkan China, Laos, dan Thailand. Laluan ini mengurangkan latensi transmisi data dari barat daya China ke Asia Tenggara.
- Jangkaan perniagaan yang dipertingkatkan. Permintaan sedang beralih dari sekadar melangkaui "lebar jalur mencukupi" ke arah "pengalaman berkualiti tinggi." Thailand terletak di satu "titik manis latensi" untuk pasaran Asia Pasifik utama, dengan latensi ke Singapura, Vietnam, dan Malaysia jatuh dalam satu lingkungan optimal—satu kelebihan penting untuk sektor yang peka terhadap latensi seperti pemanduan autonomi, tele-perubatan, dan fintech.
1. Trafik besar yang memberi impak terhadap jaringan sedia ada: Berbanding dengan hab matang seperti Singapura, Thailand tidak mempunyai kabel submarin antarabangsa yang mencukupi. Satu volum data rentas-sempadan yang besar masih perlu ditransmisi melalui detour. Sementara itu, tatkala pelaburan DC melanjutkan kepesatan perkembangannya, trafik akan terus meningkat. Analisa menunjukkan bahawa menjelang tahun 2029, kapasiti DC Thailand mungkin menjangkau 2000 MW, dengan trafik rentas-rantau melonjak sehingga 630 Tbps. Arkitektur jaringan semasa tidak lagi mampu menampung trafik berat sedemikian.
2. Kelebihan latensi tidak direalisasikan sepenuhnya: Di sebalik kelebihan geografinya, prestasi latensi jaringan Thailand masih belum mencapai potensi penuhnya. Laluan ke pasaran utama, seperti China, masih memerlukan transit pihak ketiga. Tambahan pula, penjadualan jaringan tradisional masih kekurangan kebolehan bagi pemilihan laluan pintar, menjadikannya sukar untuk menyediakan jaminan pasti bagi perkhidmatan yang peka latensi seperti transaksi kewangan dan interaksi AI masa nyata.
3. Risiko berpotensi dalam kebolehpercayaan jaringan: Kebolehpercayaan jaringan Thailand menghadapi cabaran berstruktur. Kegagalan poin tunggal sebelum ini telah menyebabkan gangguan yang berakhir berjam lamanya kepada perkhidmatan kritikal, yang secara langsung melemahkan keyakinan pengguna perkhidmatan.
Untuk mengatasi cabaran-cabaran ini, Thailand telah mengambil satu pendekatan sistematik untk menaiktaraf infrastruktur digitalnya, yang mensasarkan untuk membina jaringan sedia-AI generasi seterusnya.
1. Membina konektiviti "laut-darat" lebar jalur ultra tinggi. Dengan memperkenalkan kabel submarin baharu secara aktif, Thailand boleh meningkatkan konektivitinya secara signifikan dengan rantau Asia Pasifik dan dunia secara amnya. Sementara itu, mempercepatkan pembinaan dan pengembangan laluan kabel daratan —seperti China-Laos-Thailand dan Thailand-Malaysia-Singapura—akan mentransformasi kelebihan geografi Thailand menjadi satu kelebihan konektiviti yang nyata.
2. Mengoptimumkan laluan jaringan untuk mewujudkan satu teras berlatensi rendah serantau. Memperkuatkan laluan kabel daratan Kunming-Laos-Thailand akan mengurangkan secara berterusan latensi transmisi antara China dan Thailand, memenuhi keperluan untuk aplikasi masa nyata. Sebagai tambahan, pengenalan jaringan autonomi akan membolehkan pemilihan secara automatik laluan yang optimal dan terpendek, beralih dari "usaha terbaik" kepada "latensi rendah yang pasti."
3. Merekabentuk satu arkitektur "tidak pernah diganggu" yang berdaya tahan. Memasang jaringan DC aktif-aktif dengan kebolehan switchover tahap milisaat memastikan keselanjaran perkhidmatan teras. Sementara itu, O&M pintar yang dipacu-AI boleh mengurangkan pengesanan ralat dan diagnosa dari berjam lamanya kepada hanya sekadar berminit sahaja.
Industri AI dan DC Thailand yang berkembang maju sedang memacu pertumbuhan pesat dalam permintaan bagi perniagaan serantau dan rentas-sempadan. Dalam tren ini, pembinaan infrastruktur jaringan berpusatkan pada DC merupakan enjin teras yang memacu transformasi AI, melonjakkan Thailand ke arah visinya untuk menjadi hab AI baharu untuk ASEAN.
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
ISSUER:
Huawei
CATEGORY:
Technology
READ IN:
PUBLISHED ON:
29 Dec 2025 10:00am
Past Press Releases
MORE
#Energy
#Technology
06 March 2026 7:30pm HKT
Huawei, Meralco, and SANXING Ningbo Launch Intelligent Distribution Solution and Lighthouse Initiative
#Power & Energy
#Technology
21 January 2026 2:20pm HKT