Raikan Hari Malaysia Bersama inDrive dan Kedai Kopi Malaya



Nikmati Hidangan Tempatan Dengan Ganjaran Eksklusif

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 26 Ogos 2024 – Sempena sambutan Hari Malaysia, inDrive, platform e-panggilan global, dan Kedai Kopi Malaya, jenama makanan tempatan yang dikasihi, bekerjasama untuk memberi tawaran istimewa kepada rakyat Malaysia. Kolaborasi yang menarik ini mengetengahkan gabungan sempurna antara kemudahan dan kenikmatan kulinari, menggabungkan dua elemen penting dalam budaya Malaysia — bersiar-siar dan menikmati makanan yang hebat.

Berkongsikan komitmen sama bagi memperkayakan kehidupan harian rakyat Malaysia melalui pengalaman yang unik, inDrive dan Kedai Kopi Malaya bersedia untuk menyemarakkan sambutan ini dengan ganjaran yang istimewa. Dari 1 September hingga 30 September 2024, pengguna yang memuat turun serta menggunakan aplikasi inDrive boleh menikmati diskaun sebanyak 10 peratus ke atas jumlah bil mereka serta Cendol percuma di lapan cawangan Kedai Kopi Malaya seluruh Lembah Klang. Pengguna inDrive yang layak boleh menebus ganjaran ini dengan menunjukkan sejarah perjalanan mereka di cawangan yang terlibat.

Govin Kumaar, Ketua Pembangunan Perniagaan, inDrive Malaysia, meluahkan rasa gembiranya terhadap kempen ini dengan berkata, "Perkhidmatan e-panggilan dan masakan tempatan adalah sebahagian besar daripada kehidupan rakyat Malaysia, menjadikan kolaborasi ini sepadan dengan Hari Malaysia. Melalui kerjasama dengan Kedai Kopi Malaya, kami berharap dapat menyatukan rakyat Malaysia, sama ada untuk mengunjungi kedai makan kegemaran mereka atau berkongsi hidangan bersama orang tersayang. Kami juga berbangga menyokong jenama tempatan seperti Kedai Kopi Malaya, yang memainkan peranan penting dalam memelihara warisan kulinari kita."

Shankar Muniandy, Pengurus Kanan Operasi, Kedai Kopi Malaya, tambah, "Kerjasama dengan inDrive untuk kempen Hari Malaysia ini adalah satu perayaan nilai dan tradisi yang dikongsi bersama. Di Kedai Kopi Malaya, kami membawa bersama perasaan nostalgia sejarah kami dari tahun 1948 dengan kemeriahan Malaysia moden. Kolaborasi ini membolehkan kami berhubung dengan rakyat Malaysia secara bermakna, menggabungkan kemudahan hari ini dengan kekayaan warisan, menawarkan pengalaman yang selesa dan kontemporari."

Pada musim perpaduan ini, rehat dan nikmati hidangan tempatan kegemaran anda bersama inDrive dan Kedai Kopi Malaya. Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Facebook inDrive dan Facebook Kedai Kopi Malaya.








Hashtag: #indriveMalaysia #KedaiKopiMalaya #Malaysiaday

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai inDrive
Mengenai inDrive
adalah platform mobiliti dan perkhidmatan bandar global. Aplikasi inDrive telah dimuat turun lebih dari 200 juta kali, dan merupakan aplikasi mobiliti kedua paling banyak dimuat turun pada tahun 2022 dan 2023. Selain perkhidmatan e-panggilan, inDrive menyediakan senarai perkhidmatan bandar yang semakin berkembang, termasuk pengangkutan antara bandar, penghantaran barang, bantuan tugas, dan penghantaran kurier. Pada tahun 2023, inDrive melancarkan New Ventures, sebuah cabang usaha dan M&A.

inDrive beroperasi di 750 bandar di 46 negara. Didorong oleh misinya untuk mencabar ketidakadilan sosial, syarikat ini komited untuk memberi impak positif kepada kehidupan satu bilion orang menjelang tahun 2030. Ia mengejar matlamat ini melalui perniagaan terasnya, yang menyokong komuniti tempatan melalui model harga yang adil; dan melalui kerja inVision, cabang bukan untungnya. Program pemerkasaan komuniti inVision membantu memajukan pendidikan, sukan, seni dan sains, kesaksamaan jantina dan inisiatif penting lain.

Mengenai Kedai Kopi Malaya
adalah sebuah kopitiam kontemporari yang mengintegrasikan warisan budaya Malaysia yang kaya dengan daya tarikan moden. Dengan sejarah yang berakar umbi sejak tahun 1948, ketika datuk kepad pengasas bersama memulakan perniagaan kopitiam di Pulau Pinang, Kedai Kopi Malaya terus menyajikan resipi turun-temurun yang telah diwarisi oleh setiap generasi. Reka bentuk kafe ini menghormati elemen tradisional, menampilkan meja bertatahkan marmar, lampu enamel, dan dekorasi klasik yang membangkitkan rasa nostalgia. Dengan lapan cawangan yang terletak secara strategik di seluruh Lembah Klang, Kedai Kopi Malaya menawarkan pengalaman menjamu selera yang unik, menghormati masa silam serta membawa harapan untuk masa depan.

ISSUER:

inDrive

CATEGORY:

Food & Beverage

PUBLISHED ON:

26 Aug 2024 05:45pm

Past Press Releases

MORE
#Philanthropy and Social Investments #Public Affairs

10 September 2025 10:21pm HKT

inDrive Launched 0% Commission Program to Protect Driver’s Income During Emergency Situation

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW