Lazada Group merupakan perintis platform eDagang perintis di Asia Tenggara. Sepanjang 13 tahun yang lalu, Lazada telah memacu pembangunan di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam menerusi perdagangan dan teknologi. Kini, ekosistem tempatan yang berdaya maju menghubungkan hampir 160 juta pengguna aktif dengan lebih 1 juta para penjual yang aktif setiap bulan. Melalui proses transaksi secara selamat dan terjamin dengan saluran pembayaran yang dipercayai serta Lazada Wallet, para pelanggan boleh mendapatkan pesanan mereka menerusi rangkaian logistik terbesar di rantau ini.
Peruntukan AS$100 Juta Bukti Komitmen Lazada Terhadap Permerkasaan Program LazAffiliate dan Perdagangan Berasaskan Pencipta Kandungan
- Pelaburan ini bertujuan memperkukuh kerjasama jenama-pencipta dan memacu pemasaran berasaskan prestasi untuk jenama serta penjual di Asia Tenggara
- Ciri-ciri baharu termasuk saluran ahli gabungan baharu, paparan kedai tersuai, dan papan pemuka prestasi
- Ahli gabungan berpeluang menikmati komisen lebih tinggi dan sokongan strategik menjelang kempen mega seperti 6.6 dan 11.11
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 27 MEI 2025 – Lazada, platform e-dagang terkemuka, hari ini mengumumkan pelaburan tahunan berjumlah AS$100 juta dalam Program Lazada Affiliate ("Program LazAffiliate"). Diumumkan semasa Anugerah Lazada Affiliate Asia Tenggara 2025 yang berlangsung di W Hotel Bangkok, pelaburan strategik ini akan memperlihatkan struktur komisen yang lebih tinggi, insentif berasaskan prestasi, serta ciri baharu yang menyokong pencipta kandungan, sekali gus memacu era baharu perdagangan berasaskan pencipta kandungan di Asia Tenggara.
Memperkasa pencipta kandungan melalui Program LazAffiliate yang dipertingkatkan
Program LazAffiliate yang telah dipertingkatkan ini memperkenalkan struktur insentif terkemuka industri serta pelbagai ciri canggih untuk memperkasakan semua jenis ahli gabungan—daripada pempengaruh dan pencipta kandungan yang terkenal, kepada pempengaruh mikro dan pengguna biasa — bagi memaksimumkan penjanaan pendapatan dan meningkatkan impak di platform masing-masing.
Antara penambahbaikan utama dan ciri baharu termasuk:
- Naik Taraf Saluran Ahli Gabungan: Menampilkan antara muka pengguna baharu yang lebih mesra dan cekap untuk proses pemilihan produk yang lebih mudah dan efisien.
- Kurasi Produk Berkomisen Tinggi: Senarai produk berprestasi tinggi dengan kadar komisen terbaik untuk membantu ahli gabungan mengutamakan produk yang laris.
- Papan Pemuka Prestasi: Memberikan pandangan mengenai metrik trafik dan prestasi pautan termasuk kadar penukaran, pengunjung unik, dan komisen untuk penghasilan strategi kandungan yang lebih bijak dan menguntungkan.
- Paparan Kedai (Storefront) Tersuai: Ahli gabungan kini boleh menyesuaikan paparan kedai digital mereka dengan produk cadangan untuk pengalaman membeli yang lebih mudah bagi pengikut.
- Pemecut Ganjaran Kempen: Sepanjang festival beli-belah utama seperti 9.9, 11.11, dan 12.12, ahli gabungan berpeluang menerima bonus istimewa, komisen lebih tinggi, dan cabaran berasaskan permainan untuk menjana pendapatan tambahan.
Untuk meningkatkan pendapatan ahli gabungan, Lazada bekerjasama dengan jenama dan penjual utama bagi melaksanakan strategi pemasaran kos efektif berasaskan prestasi. Menerusi kerjasama ini, Lazada akan turut melabur bersama melalui:
- Baucar kedai dibiayai Lazada: Selain ganjaran ahli gabungan untuk menggalakkan pembelian pengguna.
- Ekosistem pencipta pelbagai lapisan: Rangkaian pempengaruh, pencipta kandungan, dan pembeli berpengaruh (KOCs) untuk meningkatkan keterlihatan produk dan mempercepatkan penemuan produk.
Yang akan datang: Jualan Mega 6.6 dan seterusnya
Kempen 6.6 yang bakal tiba akan menampilkan pemecut ganjaran dengan komisen hingga 36% untuk ahli gabungan yang mempromosikan jenama rakan niaga melalui baucar kedai. Lebih 70 jenama fesyen dan kecantikan telah bekerjasama dengan Lazada untuk membiayai ganjaran dan insentif ahli gabungan. Tambahan pula, ganjaran berjumlah AS$100,000 akan diberikan kepada ahli gabungan terbaik di rantau ini. Pada masa akan datang, ahli gabungan berprestasi tinggi akan menikmati bonus dan ganjaran tambahan berdasarkan prestasi semasa kempen jualan.
"Lazada komited untuk memperkasa pempengaruh dan pencipta kandungan di seluruh Asia Tenggara bagi membuka laluan pendapatan baharu dan meluaskan impak mereka," kata Jared Chan, Ketua Ahli Gabungan Serantau, Kumpulan Lazada. "Dengan pelaburan ini, kami berhasrat untuk memupuk ekosistem ahli gabungan yang dinamik, menyokong pertumbuhan keusahawanan, dan membina hubungan setempat yang lebih tulen antara jenama dan pengguna."
Lebih 20 rakan ahli gabungan dari Malaysia telah hadir ke Anugerah Lazada Affiliate Asia Tenggara 2025, di mana mereka diberi pengiktirafan atas usaha cemerlang dalam mendorong penukaran jualan di platform Lazada. Ahli gabungan terbaik telah menerima hadiah wang tunai dan trofi, termasuk anugerah utama "Affiliate of the Year 2024".
Mewakili Involve Asia, yang memenangi anugerah "Affiliate of the Year 2024" bagi Malaysia, Natasya Ramlies – Naib Presiden Komersial berkata: "Kami berbangga diiktiraf sebagai salah satu ahli gabungan berprestasi tinggi di Malaysia. Perjalanan kami sejak awal memang luar biasa, dan kami amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada ekosistem Lazada Affiliate selama lebih sedekad. Walaupun persaingan semakin sengit, kami berjaya mengembangkan dan mempelbagaikan portfolio kami hasil dedikasi pasukan serta kerjasama kukuh bersama rakan ahli gabungan dalam rangkaian kami. Penerimaan anugerah "Affiliate of the Year 2024" adalah satu pencapaian sangat bermakna yang mencerminkan usaha dan kerjasama semua pihak dalam pasukan kami."
LazAffiliate ialah program ahli gabungan utama Lazada yang menghubungkan rangkaian pencipta kandungan yang semakin berkembang—daripada pempengaruh dan pencipta kandungan kepada para pembeli harian—dengan jenama dan penjual. Melalui cadangan peribadi yang mendorong trafik dan penukaran, ahli gabungan memperoleh komisen untuk setiap jualan berjaya tanpa had. Program LazAffiliate menyediakan peluang tanpa halangan untuk menyertai perdagangan pencipta kandungan, tanpa memerlukan jumlah pengikut minimum — hanya kongsi, cadang, dan jana pendapatan.
Untuk maklumat lanjut atau untuk menyertai komuniti LazAffiliate, klik di sini atau ikuti saluran media sosial rasmi LazAffiliate di sini.
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Lazada Group
ISSUER:
Lazada
CATEGORY:
Lifestyle
READ IN:
PUBLISHED ON:
27 May 2025 05:45pm
Past Press Releases
MORE
#Retail
#Lifestyle
16 March 2026 2:45pm HKT
LazadaForGood Brings Together Trusted Local Voices To Drive Authentic Ramadan Community Impact
#Retail
#Advertising, Marketing & Public Relations
10 November 2025 10:50am HKT