Unboxing dan Acara IRL: Pop Mart Mendekati Pengumpul Mainan di Asia Tenggara Menerusi Lazada
Dengan kerjasama Lazada, Pop Mart mencipta pengalaman baharu untuk menggembirakan pengumpul mainan di Asia Tenggara melalui kotak kejutan, watak-watak ikonik, dan detik peminat di dunia nyata.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA–
Media OutReach Newswire – 25 Jun 2025 – Fenomena kotak kejutan kini menjadi kegilaan
mainstream di Asia Tenggara, dan Pop Mart berada di barisan hadapan dalam trend ini dengan meningkatkan permintaan dengan IP eksklusif, koleksi yang menjadi buruan, dan juga acara peminat di dunia sebenar. Jenama mainan global ini – yang dikenali ramai menerusi watak ikonik seperti MOLLY, DIMOO dan SKULLPANDA – kini memanfaatkan LazMall oleh Lazada untuk berhubung secara lebih dekat dengan jutaan peminat di seluruh rantau melalui jualan mengejut, sesi
unboxing dan acara komuniti.
SKULLPANDA
Menerusi LazMall, Pop Mart kini dapat mendekati peminat dengan cara yang lebih langsung dan diperibadikan. Sejak menyertai platform ini pada tahun 2023, Pop Mart telah mencatat pertumbuhan lebih 5 kali ganda, menjadikannya salah satu jenama mainan yang paling pesat berkembang di LazMall — bukti jelas akan daya tarikan dunia koleksi dan penceritaan watak di rantau ini.
MOLLY
Daripada sesi
unboxing secara langsung hinggalah pelancaran produk yang dipacu data, kejayaan Pop Mart mencerminkan bagaimana penemuan digital dan semangat peminat bergerak seiring. Pasaran global bagi koleksi kotak kejutan dijangka mencecah AS$ 38.4 bilion menjelang 2031— lonjakan yang didorong oleh pengumpul Gen Z dan milenial yang mencari keunikan, keterikatan emosi, dan sentuhan nostalgia.
"Sama ada kerana keterujaan menanti kejutan atau kegembiraan menemui watak kegemaran, pengumpul kami mahukan lebih daripada sekadar mainan — mereka mencari penceritaan," kata
jurucakap Pop Mart. "Dengan Lazada, kami dapat menyampaikan penceritaan ini dengan cara yang lebih lancar."
Pelancaran Eksklusif Global pada Bulan Jun
Bulan ini, Pop Mart bakal melancarkan dua figura edisi terhad global — MOLLY dan Zsiga, sambil turut memperkenalkan
plush toy SKULLPANDA generasi kedua — menampilkan versi lembut dan boleh dipeluk bagi watak kegemaran ramai ini.
Zsiga
Semua produk ini akan tersedia di LazMall oleh Lazada mulai Jun 2025. Pop Mart turut merancang untuk meningkatkan tahap stok serta keterlihatan di kedai rasmi LazMall bagi memenuhi permintaan peminat.
Di Mana Komuniti Bertemu Komersial
Di Lazada, peminat Pop Mart bukan sekadar membeli — mereka meneroka dan menyelami dunia koleksi dengan sepenuhnya. Dengan bantuan cadangan berkuasa AI dan cerapan khusus mengikut rantau, jenama ini merancang pelancaran produknya berdasarkan apa yang paling digemari pengumpul di setiap pasaran. Contohnya, SKULLPANDA merupakan kegemaran luar biasa di Thailand, manakala DIMOO menambat hati peminat di Malaysia.
Pengumpul juga dapat menikmati penghantaran yang pantas, di mana 85% pesanan di bandar utama Asia Tenggara seperti Bangkok dan Manila dijamin sampai dalam masa 48 jam selepas pengesahan pesanan. Koleksi ini juga dihantar dalam bungkusan khas tahan hentakan untuk memastikan ia tiba dalam keadaan sempurna dan layak dikumpul. Pelanggan turut boleh menjejak bungkusan mereka secara masa nyata menerusi Aplikasi Lazada.
Pop Mart bukan sekadar mainan, ia mencerminkan gaya hidup mewah dan eksklusif, dipacu oleh semangat peminat dan pencipta kandungan. Lebih satu pertiga (34%) jualannya di Lazada kini dijana oleh ahli gabungan di Asia Tenggara — termasuk penyiar langsung, pengulas mainan, dan pencipta kandungan yang menghidupkan dunia Pop Mart melalui sudut pandangan mereka. Kandungan mereka yang menarik, ulasan watak secara mendalam, dan video
unboxing bukan sahaja membantu menjual — malah turut membina komuniti dan memartabatkan hobi mengumpul sebagai gaya hidup yang dikongsi bersama.
Membawa Pengalaman ke Dunia Nyata
Peminat tempatan boleh menantikan keajaiban Pop Mart secara langsung sempena acara Lazada x Pop Mart 5KM Runyang akan berlangsung pada 12 Oktober 2025. Acara komuniti ini menggabungkan elemen kecergasan, muzik, dan
fandom, di mana Pop Mart akan menampilkan reruai eksklusif yang mewujudkan ruang interaktif untuk peminat budaya pop bertemu watak ikonik sambil menikamti keterujaan budaya trend dan keunikan penceritaan jenama.
Pengalaman IRL seperti ini merupakan sebahagian daripada strategi Pop Mart untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan komuniti – secara dalam talian dan luar talian.
"Dunia Pop Mart dibina atas asas kreativiti dan hubungan," kata Kaya Qin, Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Lazada. "Menerusi platform Lazada, jenama seperti Pop Mart dapat memberi inspirasi dan melibatkan generasi baharu pengumpul dengan penceritaan yang melangkaui saluran digital."
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
About Lazada Group
Lazada Group is Southeast Asia's pioneer eCommerce platform. For the last 13 years, Lazada has been accelerating progress in Indonesia, Malaysia, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam through commerce and technology. Today, a thriving local ecosystem links about 160 million active users to more than one million actively-selling sellers every month, who are transacting safely and securely via trusted payments channels and Lazada Wallet, receiving parcels through a homegrown logistics network that has become the largest in the region.
Launched on the Lazada platform in 2018, LazMall is Southeast Asia's biggest virtual mall connecting shoppers to over 32,000 leading international and local brands. It sets a new standard in retail, offering consumers the assurance of 100% product authenticity, guaranteed fast delivery and a 30-days return policy. LazMall is the preferred platform for brands and sellers to directly engage and create a customised experience for their customers.
About Pop Mart
Pop Mart is a rising global force in pop culture and entertainment. Our purpose is to celebrate daily moments and inspire through designer toys and fun experiences. Our focus is IP incubation & operations, designer toys & retail, theme parks & experiences, also digital entertainment. Pop Mart has over 500 stores in 30+ countries and regions, more than 2,300 ROBOSHOPs, and operates across multiple cross-border e-commerce platforms, reaching consumers in over 80 countries. We manage & represent incredible artists from all over the world. Our roster spans dozens of iconic characters, like MOLLY, DIMOO, SKULLPANDA, THE MONSTERS, HIRONO and more. With our IP characters, we create iconic cross-overs. Our mission is to light up passion & bring joy around the world. Pop Mart is not just a brand, it's a galaxy of creative possibilities.