Lazada Group merupakan perintis platform eDagang perintis di Asia Tenggara. Sepanjang 13 tahun yang lalu, Lazada telah memacu pembangunan di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam menerusi perdagangan dan teknologi. Kini, ekosistem tempatan yang berdaya maju menghubungkan hampir 160 juta pengguna aktif dengan lebih 1 juta para penjual yang aktif setiap bulan. Melalui proses transaksi secara selamat dan terjamin dengan saluran pembayaran yang dipercayai serta Lazada Wallet, para pelanggan boleh mendapatkan pesanan mereka menerusi rangkaian logistik terbesar di rantau ini.
Sidang Kemuncak Penjual Lazada 2025 Bentuk Masa Depan eDagang dengan Inovasi dan Pemerkasaan
Lebih 1,000 penjual berkumpul untuk mempelajari tentang penggunaan AI, pembezaan jenama dan cara bekerjasama dengan KOL
KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach Newswire – 6 Ogos 2025 – Lazada, platform eDagang terkemuka Asia Tenggara, sekali lagi menegaskan komitmennya dalam memacu keusahawanan digital dan memperkasa perniagaan tempatan menerusi Sidang Kemuncak Penjual Lazada 2025, yang menarik lebih 1,000 penjual dari seluruh negara. Sidang kemuncak ini berperanan sebagai platform strategik untuk berkongsi cerapan, memperkenalkan alat baharu dan membincangkan masa depan ekonomi digital Malaysia.
Memasuki tahun kedua, sidang ini menampilkan inovasi fasa seterusnya oleh Lazada, termasuk penyelesaian berasaskan AI, penawaran eksklusif di platform dan strategi dagangan yang dipacu pencipta kandungan. Ini mengukuhkan lagi peranan Lazada sebagai rakan pertumbuhan dan transformasi digital untuk para penjual. Selain mengetengahkan penyelesaian berasaskan AI, penjenamaan yang berbeza dan kebangkitan perdagangan sosial, acara ini turut meraikan kecemerlangan para penjual menerusi segmen anugerah khas yang mengiktiraf prestasi cemerlang dan pertumbuhan tinggi dalam kalangan penjual di platform tersebut.
"Dengan membekalkan usahawan dengan alat praktikal dan panduan yang teratur, Lazada berperanan penting dalam mempercepatkan transformasi negara ke arah ekonomi yang lebih tangkas dan bersedia untuk masa depan. Kami berharap Lazada akan berusaha untuk menggalakkan lebih ramai penjual, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman, untuk mula berniaga dalam talian dan memanfaatkan alat digital ini, selaras dengan visi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)," kata YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia semasa acara tersebut. "Sebagai pemain utama dalam eDagang, Lazada berada pada kedudukan yang tepat untuk menyokong agenda nasional ini melalui kerjasama dengan inisiatif seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional di bawah Program Masyarakat Tanpa Tunai. Kerjasama seperti ini dapat membantu merapatkan jurang digital dan memastikan tiada komuniti yang tercicir dalam usaha Malaysia untuk menuju ke arah masa depan digital yang inklusif."
"Sidang Kemuncak Penjual 2025 mencerminkan pelaburan berterusan kami dalam inovasi serta keyakinan kukuh terhadap keupayaan usahawan tempatan untuk membentuk masa depan perdagangan digital," kata Kaya Qin, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia. "Di Lazada, kami komited untuk membina ekosistem eDagang yang lebih pintar dan inklusif - di mana tanpa mengira saiz atau latar belakang, setiap penjual mempunyai akses kepada alat, cerapan dan peluang yang diperlukan untuk berkembang."
Antara pengumuman utama pada sidang kemuncak tersebut ialah pelancaran alat penjual berasaskan AI, yang terus membuktikan komitmen Lazada terhadap pemerkasaan melalui teknologi. Inovasi ini direka bentuk untuk memudahkan perjalanan penjual di setiap peringkat — daripada pendaftaran dan operasi hinggalah ke pelaksanaan kempen dan pertumbuhan perniagaan. Dengan mengautomasikan tugas berulang dan menyediakan cerapan masa nyata, alat baharu ini bertujuan membantu penjual mencapai jualan pertama (break zero) dengan lebih pantas sambil kekal tangkas dalam pasaran yang sering berubah. Melengkapi kemajuan ini ialah pembentangan ekosistem sokongan Lazada yang diperluas, termasuk subsidi strategik, analisis data lanjutan dan penyelesaian pemenuhan yang dipertingkat supaya penjual diperkasakan untuk meningkatkan kadar penukaran dan menyokong pertumbuhan mampan.
Sidang kemuncak ini turut mengetengahkan pengaruh yang semakin berkembang dalam perdagangan yang dipacu pencipta kandungan menerusi sesi khas yang menampilkan seorang pempengaruh terkenal dan panel yang terdiri daripada barisan Pemimpin Pendapat Utama (KOL) terkemuka. Mereka berkongsi pandangan dan strategi yang boleh terus dilaksanakan, termasuk cara merangka kempen berimpak tinggi, mentafsir perubahan tingkah laku pengguna, serta membina kerjasama yang tulen bagi mewujudkan keterlibatan yang lebih bermakna dengan audiens masa kini.
"Kemenangan ini merupakan detik yang amat membanggakan bagi pasukan kami. Sokongan Lazada, daripada cerapan berasaskan AI hinggalah kemudahan penghantaran keutamaan — benar-benar telah membantu kami berkembang lebih cepat daripada yang kami jangkakan," kata Encik Lee Jia Wei, Pengasas GAIAS Bedding & Bath, penerima Anugerah Jenama Tempatan Terbaik Tahun Ini.
"Kami amat berbesar hati atas penerimaan anugerah ini. Ia mencerminkan sokongan padu daripada pelanggan serta usaha gigih pasukan kami. Lazada telah memberi kami peluang untuk berkembang sambil terus kekal dekat dengan komuniti kami," kata Encik Khairul Idham Ramdzan, Ketua Pegawai Operasi Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd yang turut menerima Anugerah Jenama Tempatan Terbaik Tahun Ini.
Sidang Kemuncak Penjual Lazada terus berfungsi sebagai platform penting untuk perkongsian ilmu, peningkatan kemahiran dan pembangunan komuniti dalam kalangan penjual. Sebagai sebahagian daripada agenda sehari, para penjual diperkenalkan kepada ekosistem menyeluruh yang merangkumi pelbagai alat, program dan sokongan strategik untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan — semuanya direka untuk memastikan penjual baharu mahupun yang sedia ada mampu berkembang dalam landskap eDagang yang semakin kompetitif.
APPENDIX
Lazada Seller Summit 2025 Award Winners
https://www.lazada.com.my
https://x.com/LazadaMY
https://www.facebook.com/LazadaMalaysia
https://www.instagram.com/lazada_my/

|
Award
|
Winners
|
|
Excellence Awards
|
|
|
General Merchandise
|
mobile goo
|
|
General Merchandise
|
Elegant Concept
|
|
Fashion
|
COZY_EYEWEAR
|
|
Fashion
|
SC OnlineStore
|
|
Electronics
|
SL Integrated
|
|
Electronics
|
PH CHAIN STORE
|
|
FMCG
|
CARiNG ESTORE
|
|
FMCG
|
Petico.my
|
|
Top Brand Awards
|
|
|
General Merchandise
|
Jean Perry Malaysia
|
|
General Merchandise
|
OGAWA
|
|
Fashion
|
TOMEI
|
|
Fashion
|
PVH Asia Limited
|
|
Electronics
|
Sonos
|
|
Electronics
|
Philips Official eStore
|
|
FMCG
|
Hoppi® Malaysia
|
|
FMCG
|
SC Johnson
|
|
Local Brand of the Year Awards
|
|
|
Fashion
|
Siti Khadijah
|
|
General Merchandise
|
GAIAS Bedding & Bath
|
|
Comprehensive Trust and Impact Award
|
|
|
Social Selling KOL
|
Elle Onni
|
|
Social Selling KOL
|
WTalent
|
|
Social Selling KOL
|
Stella Boo
|
|
Social Selling KOL
|
Vickie Siah
|
|
Collective Influence Pioneers Award
|
|
|
Social Selling KOL
|
Fish 阿鱼
|
|
Social Selling KOL
|
heyiamcoco
|
|
Brand Marketing Excellence Award
|
|
|
Social Selling KOL
|
CONSMY
|
|
Social Selling KOL
|
Regis.os
|
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Lazada Group
ISSUER:
Lazada Malaysia
CATEGORY:
Retail
READ IN:
PUBLISHED ON:
06 Aug 2025 09:35am
Past Press Releases
MORE
#Retail
#Lifestyle
16 March 2026 2:45pm HKT
LazadaForGood Brings Together Trusted Local Voices To Drive Authentic Ramadan Community Impact
#Retail
#Advertising, Marketing & Public Relations
10 November 2025 10:50am HKT