Keunikan Ulang Tahun Pertama AEON Bank



One-derful 8x Mata Ganjaran AEON, Pulangan Tunai, Hadiah Menarik dan Gamifikasi Neko Missions

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 28 Mei 2025 - AEON Bank, bank digital patuh syariah pertama di Malaysia telah menyambut ulang tahun pertamanya pada 26 Mei 2025 ini. Sempena detik bermakna tersebut, AEON Bank ingin menzahirkan rasa penghargaan kepada para pelanggannya di seluruh negara.

One-derful Anniversary Show

Dalam tempoh hanya setahun beroperasi, AEON Bank telah meraih pengiktirafan sebagai bank digital pilihan utama rakyat Malaysia yang sering menggunakan aplikasi mudah alih nya yang mesra pengguna, di samping serta Kad Debit-i untuk urusan pembayaran digital dan transaksi atas talian.

"Dalam landskap digital hari ini, pengguna inginkan produk dan perkhidmatan perbankan yang mudah diakses, selamat dan selaras dengan gaya hidup mereka. Sejak permulaaan operasi secara rasmi setahun yang lalu, AEON Bank gigih berusaha untuk mempermudahkan urusan perbankan untuk segenap lapisan masyarakat. Dalam komitmen kami untuk berkembang seiring dengan keperluan rakyat Malaysia, kami terus memperbaiki dan memperhalusi produk dan perkhidmatan kami demi memenuhi keperluan perbankan para pelanggan dengan lebih baik. Berpegangkan prinsip bahawa perbankan digital seharusnya mesra pelanggan dan inklusif, kami berharap semua individu dapat turut serta dalam ekonomi digital yang berkembang pesat tanpa rasa terpinggir. Ulang tahun pertama ini amat bermakna buat kami kerana ia mencerminkan kepercayaan para pelanggan terhadap AEON Bank. Justeru, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada semua pelanggan yang sedia ada, di samping mengalu-alukan mereka yang baharu menyertai kami," kata YM Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank.

Memacu Ekonomi Digital Malaysia

Kewujudan dan pembangunan AEON Bank dalam sektor perbankan digital turut mencerminkan sumbangannya dalam perkembangan ekonomi digital negara. Menerusi perkhidmatan perbankan digital yang patuh Syariah dan inklusif, AEON Bank turut memainkan peranan penting dalam membangkitkan industri teknologi kewangan (fintech) Malaysia. Di samping itu, ia turut komited membina masa hadapan kewangan yang lebih inklusif untuk semua, termasuk golongan yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan perbankan, serta mereka yang mungkin tidak terangkum dalam arus ekonomi.

Meriahkan Sambutan dengan AEON Bank One-derful Anniversary Show

Sempena ulang tahun pertamanya, AEON Bank mengajak para pelanggan dan orang ramai untuk turut serta memeriahkan sambutan ini menerusi AEON Bank One-derful Anniversary Show di laman YouTube rasmi AEON Bank. Para pelanggan berpeluang menebus tawaran istimewa melalui Anniversary Neko Missions dan memenangi hadiah hebat peraduan Positively Pink.

Selain itu, 7 pemenang bertuah juga berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi peraduan AEON Bank One-derful Giveaway. Bagi menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu menggunakan Kad Debit-i AEON Bank untuk pembelian barangan runcit bernilai minimum RM50 di mana-mana pasar raya, ikuti akaun Instagram @aeonbankmy dan hantarkan maklumat lengkap serta tangkap layar resit pembelian melalui DM, tertakluk terma dan syarat.

Keunikan Kad Pembelian Runcit Yang Menawarkan Ganjaran Pulangan Tunai Sebenar

Bagi meraikan detik bermakna ini, AEON Bank turut memperkenalkan Kad Debit-i AEON Bank Edisi Terhad Ulang Tahun sempena Grocery Rewards Campaign yang berlangsung dari 26 Mei hingga 31 Disember 2025.

Unik berbanding kad debit biasa, Kad Debit-i AEON Bank x Grocery Rewards Campaign ini menawarkan pulangan tunai minimum 4%, tanpa perbelanjaan minimum bagi pembelian barangan runcit di mana-mana pasar raya di seluruh negara, tertakluk kepada terma dan syarat.

  • Dapatkan 8x + 1x = 9x Mata Ganjaran AEON dengan pembelian barangan runcit menggunakan Kad Debit-i AEON Bank di Pusat Beli-Belah AEON, AEON BiG dan Max Valu dengan mengimbas QR keahlian di aplikasi AEON Bank
  • Dapatkan 8x Mata AEON apabila membeli barangan runcit dengan Kad Debit-i AEON Bank di gedung runcit lain

Dengan, setiap Ringgit yang dibelanjakan melalui Kad Debit-i AEON Bank, para pelanggan akan meraih Mata Ganjaran AEON yang boleh ditukarkan terus kepada pulangan tunai. Mata Ganjaran AEON yang terkumpul itu kemudiannya boleh ditebus kepada nilai tunai yang akan dikreditkan terus ke dalam Akaun Simpanan-i.

"Bank digital merupakan pemangkin sektor perbankan dan fintech Malaysia — ia komited dalam memacu penggunaan pembayaran digital, lantas memudahkan transaksi tanpa tunai dan membolehkan kita untuk menjadi sebuah masyarakat tanpa tunai sepenuhnya. Sempena ulang tahun pertama AEON Bank, PayNet komited dalam usaha untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dengan memperkasakan perkhidmatan inovatif, merapatkan jurang digital dan memperluas ekosistem fintech yang lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua lapisan komuniti," kata Azrul Fakhzan Mainor, Pengarah Kanan Bahagian Komersial PayNet.

Sementara itu, reka bentuk baharu Kad Debit-i AEON Bank Edisi Terhad Ulang Tahun boleh didapati tidak lama lagi.

Kawal Urus Kewangan dengan Pembiayaan Peribadi-i dan Deposit Bertempoh-i

Menyedari hakikat bahawa terdapat rakyat Malaysia menghadapi cabaran untuk mengurus keperluan kewangan mereka, manakala ada pula yang ingin mengoptimumkan simpanan untuk mencapai matlamat kewangan, AEON Bank kini menawarkan dua produk Perbankan Peribadi iaitu; Pembiayaan Peribadi-i dan Deposit Bertempoh-i.

Pembiayaan Peribadi-i (PF-i) menawarkan sokongan kewangan jangka pendek kepada mereka yang ingin mendekatkan jurang aliran tunai. Sebagai contoh, seorang pelanggan bernama Sofia yakin akan menerima bonus pada bulan hadapan, namun deposit untuk pengubahsuaian dapur idamannya perlu dibayar pada minggu ini. Selepas membuat pertimbangan, dia memilih PF-i kerana ia menawarkan pembiayaan patuh Syariah sehingga RM50,000 tanpa cagaran, dengan tempoh bayaran fleksibel antara 3 hingga 48 bulan. Malahan, ianya lebih mudah kerana permohonan boleh dilakukan sepenuhnya secara atas talian melalui aplikasi mudah alih AEON Bank, tanpa dokumen fizikal atau kunjungan ke kaunter.

Manakala bagi pelanggan yang ingin menggandakan simpanan, Deposit Bertempoh-i (TD-i) menawarkan kadar keuntungan memberangsangkan bagi deposit jangka tetap, dengan beberapa tempoh pilihan pembayaran yang fleksibel, serta kadar keuntungan sehingga 3.08% setahun.

Tambatkan Matlamat Kewangan dengan 'Savings Pot' AEON Bank

Bagi pelanggan yang cakna kewangan, mereka memahami betapa pentingnya menyimpan untuk keperluan kecemasan, mahupun demi mencapai impian masa hadapan. Manakala ada juga pelanggan yang berhasrat ingin memiliki rumah idaman atau merancang percutian hujung tahun. Savings Pot AEON Bank mampu memudahkan proses tersebut, sambil membantu pelanggan menjana keuntungan bermakna. Para pelanggan hanya perlu mencipta 'Savings Pot', pindahkan jumlah yang diingini dari Akaun Simpanan-i ke dalam 'Savings Pot', dan nikmati kadar keuntungan 3.00% setahun. 'Savings Pot' juga menawarkan fleksibiliti untuk menambah atau mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa menerusi aplikasi AEON Bank.

Jika anda mendambakan pengalaman perbankan digital yang berlainan, bulan sambutan ulang tahun AEON Bank ini adalah masa terbaik untuk memanfaatkan pelbagai tawaran menarik. Sama ada ianya ganjaran pulangan tunai, mahupun kemudahan perbankan yang berpaksikan digital, ayuh bijak mengorak perjalanan perbankan bersama AEON Bank sebagai teman digital anda ke arah merancang perbelanjaan yang bijak serta menggandakan simpanan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi AEON Bank, ikuti saluran media sosial rasmi AEON Bank, muat turun aplikasi AEON Bank dan jangan lupa menonton One-derful Anniversary Show di laman YouTube rasmi AEON Bank.










Hashtag: #AEONBank #OneDerfulAnniversary #DigitalBanking #IslamicBanking #IslamicDigitalBank #ShariahCompliantBank #SyariahComplaintBank #Malaysia #FinancialInclusion #AEONBankDebitCardi #Cashback #AnniversaryShow

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
MENGENAI AEON BANK (M) BERHAD
MENGENAI AEON BANK (M) BERHAD
AEON Bank (M) Berhad merupakan bank digital Islamik pertama di Malaysia yang dilesenkan dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 26 Mei 2024, dan kini menawarkan pelbagai produk dan servis digital Perbankan Peribadi patuh Shariah, antaranya Akaun Simpanan-i, AEON Bank x Visa Debit Card-i, Pembiayaan Peribadi-i, Deposit Bertempoh-i, Savings Pot, perisian perancangan belanjawan dan rangkaian perkhidmatan pembayaran digital dengan rakan kongsi strategik dan peniaga terpilih, di samping DuitNow QR, pembayaran bil utiliti serta Neko Missions - program ganjaran interaktif perbankan digital yang pertama di Malaysia. Pada tahun 2025, AEON Bank Biz akan diperkenalkan untuk usahawan tempatan dan PMKS.

Sebagai sebahagian daripada konglomerat AEON Group, AEON Bank (M) Berhad merupakan pegangan saksama AEON Financial Service Co. Ltd. (AFS Japan) dan AEON Credit Service (M) Berhad (ACSM). AFS Japan merupakan kumpulan kewangan yang komprehensif dengan akar umbi dalam sektor peruncitan yang telah lama beroperasi di negara Jepun, serta 10 negara di rantau Asia, dan ia bertanggungjawab terhadap perniagaan perkhidmatan kewangan kumpulan AEON (AEON Group). Kumpulan AEON merupakan syarikat induk tulen yang meliputi lapan segmen perniagaan utama. Ia dengan konsisten telah menjana pertumbuhan seimbang dan kini merupakan sebuah kumpulan peruncitan yang terbesar di Jepun.

Kumpulan AEON Malaysia terdiri daripada lapan entiti terkemuka iaitu, AEON Co. (M) Bhd, AEON BiG (M) Sdn Bhd, AEON Fantasy (M) Sdn Bhd, AEON Credit Service (M) Berhad, AEON TopValu (M) Sdn Bhd, AEON Global Supply Chain Sdn Bhd, AEON Delight (M) Sdn Bhd dan Yayasan AEON Malaysia. AEON Group adalah jenama isi rumah yang dikenali di Malaysia, dengan sejarah selama lebih empat dekad di Malaysia serta lebih 200 tahun di negara Jepun, dan kini menawarkan perkhidmatan kewangan dan pelbagai kemudahan peruncitan kepada para pelanggan.

Dengan ketangkasan infrastruktur natif awan (cloud native) dan pandangan berpacukan kecerdasan buatan (AI), digabungkan dengan DNA Syariah, di samping akar umbi Malaysia dan warisan Jepun, ini adalah faktor pembezaan kami. Manakala integrasi dengan ekosistem AEON memberikan kami kelebihan daya saing sebagai satu-satunya bank di Malaysia yang mempunyai rangkaian runcit yang tersendiri di seluruh negara. Program kesetiaan AEON Points memberikan para pelanggan manfaat tambah nilai dan ganjaran yang bermakna kerana Mata Ganjaran AEON boleh ditebus menjadi pulangan tunai yang dikreditkan terus ke dalam Akaun Simpanan-i AEON Bank mereka.

AEON Bank amat komited dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang mudah diakses, demi memperkasakan komuniti dalam mengejar aspirasi kewangan mereka untuk mencapai ketidakbersandaran ekonomi, serta memangkin masa depan kewangan yang lebih inklusif untuk semua. Kami akan terus berusaha untuk mencipta senyuman, mencantumkan hati, serta menyumbang ke arah pembangunan industri perbankan Islamik di rantau ini dan pertumbuhan ekonomi digital fintech di Malaysia.

ISSUER:

AEON Bank (M) Berhad

CATEGORY:

Finance

READ IN:

English

PUBLISHED ON:

28 May 2025 09:00am

Past Press Releases

MORE

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW