Bersiap Sedia Bersama Shopee Di Feb 15 Jualan Persediaan Ramadan



KUALA LUMPUR, MALASIA - Media OutReach Newswire - 14 February 2026 – Menjelang Ramadan, Bazar Hebat Ramadan Shopee membantu rakyat Malaysia membuat persiapan dengan lebih mudah dan berbaloi. Kempen ini menghimpunkan pelbagai keperluan untuk bulan mulia — daripada barangan ibadah dan fesyen terkini, hinggalah ke makanan serta kelengkapan rumah. Dengan Feb 15 Jualan Persediaan Ramadan yang bermula jam 8PM pada 14 Februari, pembeli boleh mula membuat persiapan awal menerusi Shopee Instant Delivery, SPayLater dengan caj faedah diskaun sehingga 12 bulan, Knockout Deals, dan pelbagai tawaran menarik lain.

Feb 15 Jualan Persediaan Ramadan Shopee Key Visual
Feb 15 Jualan Persediaan Ramadan Shopee Key Visual

Berikut antara barangan yang tidak wajar dilepaskan sempena Feb 15 Jualan Persediaan Ramadan:

1. Keperluan Nutrisi untuk Sahur & Iftar

Hari-hari Ramadan yang panjang memerlukan bekalan tenaga yang mencukupi. Kurma bukan sekadar tradisi, malah menjadi sumber tenaga segera selepas seharian berpuasa serta memudahkan perancangan sahur dan iftar setiap hari.

Melalui Shopee Instant Delivery, pembeli boleh mendapatkan kurma import dari Arab Saudi oleh Hassan Mart dan Al Mustafa Shop, dan menerima pesanan dalam tempoh empat jam bagi pesanan sebelum jam 3PM— lengkap dengan Penghantaran Percuma Tanpa Minimum Perbelanjaan.

2. Pakaian Solat Selesa untuk Malam yang Panjang

Dengan malam-malam Ramadan dipenuhi solat tarawih dan ibadah tambahan, keselesaan menjadi keutamaan. Telekung yang ringan dan bernafas membantu memberi keselesaan ketika solat yang lebih lama, terutamanya selepas seharian bekerja.

Menerusi Knockout Deals bermula jam 8PM pada 14 Februari, koleksi eksklusif Telekung Modish Noore oleh Siti Khadijah ditawarkan pada harga istimewa RM100, sesuai untuk mereka yang ingin membuat persiapan awal dengan gaya dan keselesaan.

3. Langkah Kecil untuk Malam yang Lebih Selesa

Malam Ramadan sering berlalu pantas — daripada berbuka puasa ke solat tarawih sebelum berehat di rumah. Ruang tamu yang selesa mampu menjadikan waktu rehat selepas iftar lebih bermakna bersama keluarga.

Naik taraf kediaman dengan set sofa ApeHome daripada serendah RM135 sebulan atau Xiaomi TV A Pro 55 daripada RM148 sebulan untuk menjadikan ruang tamu pusat santai seisi keluarga. Dengan SPayLater yang menawarkan caj faedah lebih rendah sehingga 12 bulan, kos boleh dibayar secara ansuran, sejurusnya memudahkan persiapan rumah menjelang Ramadan.

4. A Home That Runs Smoothly Throughout the Month

Selain ruang tamu, kelancaran rutin Ramadan turut bergantung pada peralatan rumah yang boleh diharap. Daripada menyimpan bahan segar hingga memastikan kediaman kekal nyaman ketika cuaca panas, kelengkapan yang sesuai membantu mengekalkan rentak harian sepanjang bulan.

Dengan SPayLater, pembeli boleh menaik taraf peti sejuk Hisensedaripada serendah RM233 sebulan atau memasang penghawa dingin Comfee daripada RM90 sebulan. Digabungkan dengan tawaran caj faedah diskaun 12 bulan sepanjang kempen, ia memberikan fleksibiliti tambahan untuk menyegarkan ruang kediaman dengan lebih mudah.

Bazar Hebat Ramadan Shopee Memudahkan Persiapan Ramadan

Daripada tawaran SPayLater hingga ke promosi kilat yang mengujakan, pembeli boleh mula menambah ke troli bermula 8PM 14 Februari sempena Feb 15 Jualan Persediaan Ramadan. Dengan Penghantaran Percuma Tanpa Minimum Perbelanjaan, pesanan boleh diterima dalam tempoh empat jam melalui Shopee Instant Delivery bagi pesanan sebelum 3PM.

Turut ditawarkan ialah #GRWS Mingguan Koleksi Fesyen Baharu di Shopee Live serta tawaran sehingga 50% diskaun untuk ShopeeFood. Layari Bazar Hebat Ramadan Shopee di https://shopee.com.my/m/ramadan-sale untuk membuat persiapan Ramadan dengan lebih mudah dan terancang.



Hashtag: #Shopee #ShopeeBazarHebatRamadan

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan, dan Brazil. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee memacu pembangunan ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.

ISSUER:

Shopee

CATEGORY:

Retail

READ IN:

English

PUBLISHED ON:

14 Feb 2026 10:45am

Past Press Releases

MORE

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW