Raya 2026: Selebriti Malaysia Kongsi Persiapan Raya di Shopee Live
KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach Newswire - 6 March 2026 - Hari Raya Aidilfitri membawa makna istimewa buat rakyat Malaysia – daripada menikmati juadah tradisi dan menggayakan baju Raya hingga meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Seiring semakin ramai pengguna beralih ke platform dalam talian untuk merancang persiapan perayaan,
Shopee Bazar Hebat Raya mendekatkan peminat dengan selebriti kegemaran melalui
Shopee Live, di mana
Dato' Sri Siti Nurhaliza,
Mimi Fly dan
Hael Husaini berkongsi persiapan mereka menjelang Syawal.
(Dari kiri) Dato' Sri Siti Nurhaliza, Mimi Fly dan Hael Husaini
Tokti Jemput Peminat ke Rumah Terbuka Raya
Bagi penyanyi nombor satu negara,
Dato' Sri Siti Nurhaliza, sambutan Raya sering dikaitkan dengan tradisi rumah terbuka. Daripada menyelaraskan baju Raya sedondon bersama keluarga hingga menyediakan juadah kegemaran seperti gulai tempoyak ikan patin dan rendang Tok, beliau sentiasa menantikan peluang untuk menyambut kehadiran insan tersayang.
Semangat berkongsi itu turut diperluaskan kepada peminatnya. Melalui jenama SimplySiti di Shopee, beliau berinteraksi dengan peminat menerusi Shopee Live sambil berkongsi set hadiah kesihatan dan kecantikan yang dipilih khas. "Menjelang Syawal, saya biasanya sibuk mengurus persiapan rumah, merancang menu, memilih pakaian serta menyediakan hadiah kecil," katanya. "Di Shopee Live, saya seronok berkongsi set hadiah dan keperluan Raya yang saya pilih khas supaya penonton boleh mendapatkan idea untuk persiapan mereka sendiri. Tahun ini, saya juga jemput lima penyokong setia SimplySiti ke rumah terbuka Raya saya sebagai tanda penghargaan."
Mimi Fly Kongsi Cara Gayakan Fesyen Raya Mampu Milik
Bagi penyanyi lagu
Serumpun,
Mimi Fly, adalah tentang memilih pakaian yang boleh digayakan semula selepas musim perayaan. Antara kunjungan rumah terbuka dan masa santai di rumah dengan lagu Raya nostalgia atau filem klasik P. Ramlee seperti
Ali Baba Bujang Lapok, keselesaan dan praktikaliti tetap menjadi keutamaan.
Dalam satu sesi Shopee Live baru-baru ini, Mimi turut berkongsi buku gaya Rayanya, sambil menunjukkan bagaimana pakaian ringkas dari Shopee boleh digayakan menjadi penampilan yang lebih kemas dan bergaya. "Saya suka gaya yang mudah dipadankan tetapi masih bergaya, terutamanya ketika berkunjung ke rumah terbuka sepanjang hari," katanya. "Melalui Shopee Live, saya berkongsi #GetReadyWithShopee Fashion Hacks dengan memadankan fabrik, warna dan aksesori yang berbeza untuk menyerlahkan baju Raya. Saya seronok melihat gaya tersebut terbentuk secara langsung, dan penonton juga boleh menemui produk fesyen yang boleh digayakan bukan sahaja untuk Raya tetapi juga untuk acara lain."
Hael Husaini Gabungkan Gaya Moden dengan Baju Melayu Klasik
Sebagai anak kampung sejati, penyanyi dan penulis lagu Hael Husaini sentiasa pulang ke Negeri Sembilan sempena Syawal untuk bertemu sanak saudara, menikmati hidangan kegemaran seperti rendang Minang dan meneruskan tradisi kunjung-mengunjung.
Apabila tiba musim rumah terbuka, Hael juga sering membantu ahli keluarga memilih baju Raya mereka. Dikenali dengan gaya yang menggabungkan Baju Melayu klasik dan sentuhan moden, beliau gemar mencuba dengan warna serta aksesori sambil mengekalkan elemen tradisional. "Saya memang suka menggayakan pakaian, sama ada untuk diri sendiri atau keluarga," katanya. "Di Shopee Live, saya menunjukkan cara memadankan Baju Melayu moden daripada koleksi 50% Raya Fashion Trends Shopee dengan sampin songket tradisional, sambil berkongsi kepada penonton di mana mereka boleh mendapatkannya."
Lengkapkan Persiapan Raya dengan Shopee Bazar Hebat Raya
Daripada memilih baju Raya hingga mencari hadiah istimewa,
Shopee Bazar Hebat Raya membantu rakyat Malaysia membuat persiapan Syawal dengan lebih mudah. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, pembeli juga boleh menonton
sesi Shopee Live PrimaValet pada
10 Mac dari
10PM hingga 12AM yang menampilkan duta jenama PrimaValet,
YB Tuan Syed Saddiq Abdul Rahman, dengan
tawaran diskaun eksklusif sehingga20% di Shopee Live.
Selain itu, pembeli boleh menikmati
50% Diskaun Fesyen Raya Terkini,
baucar 50% Harian Shopee Live, serta
Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum, menjadikan pembelian fesyen dan keperluan Raya lebih mudah di satu platform. Ketahui lebih lanjut di:
https://shopee.com.my/m/raya-sale
Hashtag: #Shopee
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan dan Brazil. Shopee memacu ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membantu perniagaan beralih ke platform digital serta mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, selain memperluas akses orang ramai kepada perkhidmatan digital dan memperkasa komuniti tempatan.
Shopee menawarkan pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan interaktif, dinikmati oleh jutaan pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang penting kepada ekonomi digital dengan komitmen kukuh untuk membantu jenama tempatan dan usahawan berkembang maju dalam e-dagang.
Shopee ialah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat teknologi global. Misi Sea adalah untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna dan perniagaan kecil melalui teknologi menerusi tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.