#AyamBersamaMu: Ayam Brand™ dan Sunway XFarms Berganding Bahu Memperkasa Kanak-Kanak Melalui Pemakanan Sihat dan Pembelajaran Praktikal
Kolaborasi ini menggabungkan pengalaman pembelajaran praktikal untuk kanak-kanak dengan pengagihan bantuan makanan berkhasiat kepada lebih 1,000 penerima di seluruh negeri.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach Newswire - 25 September 2025 - Ayam Brand™, jenama isi rumah dengan warisan lebih 130 tahun, terus menunjukkan komitmennya terhadap kesejahteraan komuniti melalui inisiatif CSR bersama Sunway XFarms. Tahun ini, program #AyamBersamaMu membawa seramai 60 kanak-kanak kurang bernasib baik menyertai sehari penuh aktiviti pembelajaran interaktif yang merangkumi pemakanan sihat, pertanian lestari dan aktiviti menyeronokkan. Inisiatif ini turut diperluas melalui pengagihan bantuan makanan berkhasiat kepada lebih 1,000 individu yang memerlukan di seluruh negeri.
Ayam Brand™ bersama Sunway XFarms menghimpunkan 60 orang kanak-kanak daripada Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) dan Rumah Kebajikan & Anak Yatim Darul Najjah (An Najjah) untuk sehari penuh pembelajaran menyeronokkan yang menekankan pemakanan sihat, pertanian lestari, serta aktiviti interaktif yang bermanfaat.
Ayam Brand™ mempunyai sejarah yang membanggakan dalam memupuk amalan pemakanan sihat, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan komuniti kurang bernasib baik. #AyamBersamaMu merupakan kesinambungan program CSR tahunan yang bertujuan memastikan akses makanan berkhasiat sampai kepada mereka yang memerlukannya. Dengan lebih sedekad menganjurkan inisiatif berimpak positif, Ayam Brand™ bukan sahaja menyalurkan bantuan makanan, malah turut memberi pendidikan pemakanan agar manfaatnya berpanjangan kepada masyarakat, terutamanya generasi muda.
Acara sehari di Sunway XFarms memberikan pengalaman bermakna kepada kanak-kanak dengan menghubungkan amalan pemakanan sihat kepada kaedah pertanian moden. Antara pengisian termasuklah sesi interaktif "Suku Suku Separuh" menggunakan produk Ayam Brand™, bengkel hidroponik kreatif dengan tin Ayam Brand™, serta lawatan ke rumah hijau Sunway XFarms. Program ini diakhiri dengan makan tengah hari konsep "Farm-to-Fork", hidangan berkhasiat menggunakan produk Ayam Brand™ serta sayur-sayuran segar hasil Sunway XFarms. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan memupuk minat generasi muda terhadap pemakanan seimbang, sambil meningkatkan kesedaran tentang kelestarian hidup.
"Bagi kami di Ayam Brand™, pemakanan dan pendidikan adalah dua perkara yang saling melengkapi. Melalui #AyamBersamaMu, kami mahu kanak-kanak untuk memahami kepentingan pemakanan sihat sambil membantu menangani keperluan makanan asas dalam komuniti. Inilah cara kami membina asas yang lebih kukuh untuk masa depan," kata Teoh Wei Ling, Ketua Pemasaran Ayam Brand™.
"Kerjasama kami dengan Ayam Brand™ menunjukkan bahawa sinergi kolaborasi boleh melahirkan impak yang lebih besar. Dengan menggabungkan pemakanan sihat bersama pertanian lestari, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak melalui ilmu praktikal, sambil memastikan komuniti mendapat akses kepada makanan berkhasiat," kata Afdhal Nayan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway XFarms.
Selain acara ini, Ayam Brand™ turut memperluaskan impaknya melalui pengagihan bantuan makanan ke seluruh negeri dengan kerjasama NGO, Food Aid Foundation. Usaha ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 1,000 penerima, memastikan impak program ini berkekalan melebihi satu hari.
Gabungan antara pendidikan dan pengagihan makanan ini mencerminkan komitmen serta usaha Ayam Brand™ dalam menangani isu sekuriti makanan, sambil memperkasa generasi akan datang dengan ilmu dan amalan pemakanan lebih sihat.
#AyamBersamaMu meneruskan legasi CSR Ayam Brand™ yang berterusan memberi impak positif seiring visinya untuk memastikan makanan berkhasiat dapat diakses oleh semua, sambil melahirkan generasi lebih sihat. Melalui kerjasama dengan organisasi seperti Sunway XFarms dan Food Aid Foundation, Ayam Brand™ komited memperkukuh sekuriti makanan serta memperkasa komuniti di seluruh negeri.
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Ayam Brand™
Ayam Brand™, adalah satu jenama warisan Tanah Melayu terkemuka di Malaysia dan Asia selama 131 tahun yang dikenali untuk pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggi dan sihat yang bebas daripada bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk-produk Ayam Brand™ dihasilkan di kemudahan-kemudahan berteknologi terkini yang memenuhi standard antarabangsa tertinggi dan menerima pensijilan yang diiktiraf antarabangsa (HACCP, ISO 9001). Rangkaian produk Ayam Brand™ juga telah menerima pensijilan Halal. Ayam Brand telah disenaraikan dalam senarai putih Jakim sebagai Jenama Makanan Halal Yang Diyakini.Ayam Brand™ telah disenaraikan sebagai antara 10 Jenama Pilihan FMCG Malaysia, menurut Kajian Jejak Jenama Asia 2023 oleh Kantar Worldpanel.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Ayam Brand™, sila layari
www.ayambrand.com.my atau sertai