Lazada Group merupakan perintis platform eDagang perintis di Asia Tenggara. Sepanjang 13 tahun yang lalu, Lazada telah memacu pembangunan di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam menerusi perdagangan dan teknologi. Kini, ekosistem tempatan yang berdaya maju menghubungkan hampir 160 juta pengguna aktif dengan lebih 1 juta para penjual yang aktif setiap bulan. Melalui proses transaksi secara selamat dan terjamin dengan saluran pembayaran yang dipercayai serta Lazada Wallet, para pelanggan boleh mendapatkan pesanan mereka menerusi rangkaian logistik terbesar di rantau ini.
Lazada Malaysia Memanfaatkan Pelaburan Serantau Bernilai AS$25 Juta untuk Menawarkan Pengalaman Beli-Belah Lebih Pintar dan Penjimatan Lebih Manis Sempena 11.11
KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach Newswire – 10 November 2025 – Lazada Malaysia menerajui kempen 11.11 tahun ini dengan sokongan
pelaburan serantau bernilai AS$25 juta bagi memperkukuh pelaksanaan Kempen Jenama Antarabangsa 11.11. Inisiatif ini mempertingkat sokongan Lazada terhadap rakan penjual dan jenama di Malaysia melalui tawaran diskaun lebih besar dan kerjasama bersama pencipta kandungan di media sosial untuk menjadikan pengalaman membeli-belah atas talian lebih menyeronokkan dan berbaloi untuk pengguna di Malaysia.
Pelaburan ini merupakan sebahagian daripada strategi pembangunan jenama Lazada untuk mengukuhkan pertumbuhan ekosistemnya dengan membantu rakan jenama dan pencipta kandungan media sosial berkembang melalui inovasi pemasaran, serta peluang untuk berinteraksi dan berhubung lebih dekat dengan pengguna, termasuk kerjasama dengan YouTube Shopping. Melalui inisiatif ini, pencipta kandungan media sosial di YouTube kini boleh menanda tag dan mencadangkan produk Lazada dalam video mereka, membolehkan penonton membeli secara terus, selaras dengan peningkatan kehendak pengguna yang semakin mementingkan keaslian, kepercayaan dan nilai yang berbaloi.
Untuk menggalakkan lebih ramai pencipta kandungan berkongsi cadangan produk yang dipercayai di saluran YouTube mereka, Lazada menaikkan bayaran komisen affiliate sebanyak dua kali ganda sepanjang kempen 11.11 ini dari 1 hingga 14 November, sebagai usaha mengiktiraf kandungan yang membina kepercayaan, mencetus interaksi tulen, dan menjana jualan berkualiti.
Melengkapi inisiatif ini ialah AI Lazzie, pembantu beli-belah maya pintar Lazada yang kini dipertingkat untuk membantu pengguna menemui tawaran peribadi, menggabungkan ganjaran LazRewards dan baucar penjual, serta berbelanja dengan lebih yakin di LazMall, gedung maya utama Lazada yang terkenal dengan produk tulen dan disahkan.
Dikenali sebagai "Tawaran Jenama Termanis Tahun Ini", pembeli bijak kini boleh mula mengumpul baucar dan "chup" tawaran hebat lebih awal bermula 7 November hingga 7.59 malam pada 10 November menerusi ciri Chup Dulu*, yang membolehkan mereka menempah barangan pilihan dengan hanya membayar deposit kecil sebelum hari jualan besar bermula.
Kemuncak jualan tahun ini ialah tempoh jualan tanpa henti selama 28 jam yang bermula pada jam 8.00 malam, 10 November, dengan pelbagai tawaran RM11 dilancarkan setiap jam di platform Lazada, termasuk barangan menarik seperti emas dan telefon bimbit. Barangan bernilai lebih RM111,000 daripada lebih 40 jenama akan ditawarkan dalam kategori ini kepada pembeli yang pantas dan cepat merebut peluang.
Tawaran Manis 11.11
Selain tawaran hebat RM11, pembeli di Malaysia turut boleh menikmati pelbagai promosi menarik seperti berikut:
39 Jenama yang Menyertai Tawaran Hebat RM 11 "RM11 All Out Deals" oleh Lazada
3CE, Acer Certified Store – Brightstar, Airbot, AKEMI Official Store, Ann Taylor Malaysia, CLEF Skincare, Cricut, Daily2U, Dreamynight Home, ECOVACS, Electrova Malaysia, Epitex, Eucerin, Gintell, HABIB, HONOR, Huawei, HP Brand Store – PCImage, Innisfree, Jean Perry Malaysia, King Koil, Kitchen Z, Masdora Jewellery, NeckPro, Nivea, OGAWA, Phillips Personal Care, Seagate Flagship Store, Tefal, Thule, Tineco, tomtoc Official Store, TTRacing Official Store, TYMO Malaysia, VANZO Malaysia, Vivo, Weng Kwong, Winny Store, dan ZHOU LIU FU Jewellery.
Jenama yang Menyertai Jualan Tanpa Henti 28 jam "28-Hours Marathon Deals" Lazada pada harga RM11
Pembeli turut digalakkan untuk menebus baucar yang ditawarkan di platform Lazada serta baucar daripada kedai maya individu bagi memaksimumkan penjimatan. Semua baucar ini boleh digabungkan bersama LazCoins bagi mengurangkan lagi jumlah bayaran akhir bagi setiap produk.
Kempen beli-belah 11.11 akan berakhir pada jam 11.59 malam, 13 November.
Untuk maklumat lanjut mengenai jualan ini, pengguna boleh melayari aplikasi Lazada atau mengikuti #LazadaMY di platform media sosial untuk mendapatkan perkembangan terkini.
https://x.com/LazadaMY
https://www.facebook.com/LazadaMalaysia
https://www.instagram.com/lazada_my/

- Tawaran Mega Jenama (Crazy Brand Mega Offer – CBMO): Penjimatan sehingga 90% dengan baucar yang boleh digabungkan untuk jenama terkemuka di LazMall.
- Mesti Beli: Produk hero jenama dengan tawaran masa terhad daripada jenama seperti Ogawa dan Olaplex.
- Chup Dulu: Tempah barangan popular lebih awal dengan deposit 10%, dan bayar baki 90% pada 11 November menggunakan baucar terkumpul.
- Pilihan Terunggul (Hall of Fame): Nikmati diskaun 10% di seluruh kedai maya bagi jenama seperti Habib, Sulwhasoo, Lotus's, Enfagrow dan banyak lagi.
- Hadiah Misteri LazMall (LazMall Boxes): Hadiah misteri bernilai sehingga RM600 menanti dalam tawaran kejutan LazMall, dengan harga serendah RM9 sahaja.
- Tawaran Pembeli Awal (Early Bird Deals): Mulakan pagi dengan tawaran istimewa, di mana pembeli awal dari jam 7.00 hingga 10.00 pagi boleh menebus baucar diskaun sehingga 50%.
- Happy Hour: Tawaran tengah hari istimewa dengan diskaun sehingga 50% dan e-baucar RM11 untuk pembelian antara jam 2.00 hingga 6.00 petang.
39 Jenama yang Menyertai Tawaran Hebat RM 11 "RM11 All Out Deals" oleh Lazada
3CE, Acer Certified Store – Brightstar, Airbot, AKEMI Official Store, Ann Taylor Malaysia, CLEF Skincare, Cricut, Daily2U, Dreamynight Home, ECOVACS, Electrova Malaysia, Epitex, Eucerin, Gintell, HABIB, HONOR, Huawei, HP Brand Store – PCImage, Innisfree, Jean Perry Malaysia, King Koil, Kitchen Z, Masdora Jewellery, NeckPro, Nivea, OGAWA, Phillips Personal Care, Seagate Flagship Store, Tefal, Thule, Tineco, tomtoc Official Store, TTRacing Official Store, TYMO Malaysia, VANZO Malaysia, Vivo, Weng Kwong, Winny Store, dan ZHOU LIU FU Jewellery.
Jenama yang Menyertai Jualan Tanpa Henti 28 jam "28-Hours Marathon Deals" Lazada pada harga RM11
- Jenama telefon bimbit: Samsung Flagship Store, Senheng, Poco, Xiaomi
- Jenama emas: HABIB, Tomei, Poh Kong
Pembeli turut digalakkan untuk menebus baucar yang ditawarkan di platform Lazada serta baucar daripada kedai maya individu bagi memaksimumkan penjimatan. Semua baucar ini boleh digabungkan bersama LazCoins bagi mengurangkan lagi jumlah bayaran akhir bagi setiap produk.
Kempen beli-belah 11.11 akan berakhir pada jam 11.59 malam, 13 November.
Untuk maklumat lanjut mengenai jualan ini, pengguna boleh melayari aplikasi Lazada atau mengikuti #LazadaMY di platform media sosial untuk mendapatkan perkembangan terkini.
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Lazada Group
ISSUER:
Lazada
CATEGORY:
Retail
READ IN:
PUBLISHED ON:
10 Nov 2025 10:50am
Past Press Releases
MORE
#Retail
#Lifestyle
16 March 2026 2:45pm HKT
LazadaForGood Brings Together Trusted Local Voices To Drive Authentic Ramadan Community Impact
#Retail
#Advertising, Marketing & Public Relations
10 November 2025 10:50am HKT