UnionPay International Melancarkan Inisiatif Cuti Hujung Tahun Merentasi 26 Buah Negara dan Rantau Di Seluruh Dunia
HONG KONG SAR -
Media OutReach Newswire - 24 Disember 2025 – Tatkala perayaan Krismas dan cuti Tahun Baharu semakin dekat, UnionPay International telah melancarkan satu kempen promosi merentasi 26 buah negara dan rantau, termasuk hampir 170 aktiviti pemasaran aktif merangkumi lebih daripada 100,000 toko perniagaan, dengan tawaran terpilih hebat yang menawarkan diskaun sehingga 33%.
Sejajar dengan musim puncak perjalanan hujung tahun, kempen ini melibatkan pelbagai destinasi utama termasuk Hong Kong SAR, Macau SAR, Korea Selatan, Asia Tenggara, Eropah, Amerika Utara dan Oceania. Promosi luar talian telah diatur di 30 lapangan terbang antarabangsa utama, 65 premis membeli-belah premium, 40 kedai serbaneka terkemuka, 15 outlet desa, dan juga di kedai bebas cukai dan butik-butik mewah di 30 lapangan terbang global utama. Inisiatif ini juga merangkumi premis yang menawarkan barangan untuk kegunaan harian, seperti gedung membeli-belah, peruncit barangan komestik dan farmasi, tempat menjamu selera, kawasan tarikan pelancung, tempat hiburan dan penginapan, serta pengangkutan tempatan dan perkhidmatan telekomunikasi.
UnionPay juga turut merekasuai aktiviti yang melibatkan kaedah bayaran mudahalih, termasuk bayaran mudahalih QuickPass UnionPay dan bayaran kod QR UnionPay, yang diterima di lebih daripada 100 buah negara dan rantau. Sebagai contoh, di Australia dan New Zealand, pemegang kad UnionPay boleh menikmati diskaun segera semasa menggunakan bayaran mudahalih QuickPass UnionPay di premis perniagaan yang mengambil bahagian di seluruh negara.
Insentif penghujung tahun ini juga telah dikembangkan lagi kepada aktiviti atas talian. UnionPay telah bekerjasama dengan platform hiburan digital untuk menampung perbelanjaan bagi bayaran atas talian berfrekuensi tinggi semasa musim percutian, seperti Hoyoverse Honkai: promosi tambah nilai Star Rail, dan promosi Apple Services. Di Australia, UnionPay juga telah melancarkan promosi bayaran tuisyen atas talian bagi pelajar.
Di pasaran terpilih, UnionPay telah menjalin perkongsian dengan bank-bank pengeluar tempatan yang menawarkan keistimewaan eksklusif kepada pemegang kad. Sebagai contoh, Bank DBS di Singapura menawarkan pemegang kad debit UnionPay Platinum manfaat ditambah-nilai, seperti wang tunai dikembalikan, pengecualian yuran, akses ke lounge lapangan terbang dan lain-lain kemudahan berkait perjalanan.
UnionPay telah membina satu jaringan pembayaran global merangkumi 183 buah negara dan rantau, yang menyediakan khidmat sokongan bagi kaedah pembayaran yang stabil dan menyenangkan bagi perjalanan merentas sempadan dan kembara percutian. Melalui kerjasama erat dengan bank pengeluar, institusi kewangan dan peniaga, UnionPay telah menyediakan pelbagai diskaun bagi pakej percutian dan khidmat sokongan untuk mengoptimumkan pengalaman pengguna pemegang kad tersebut.

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
ISSUER:
UnionPay
CATEGORY:
Finance
READ IN:
PUBLISHED ON:
24 Dec 2025 03:20pm
Past Press Releases
MORE
#Finance
#Business
28 January 2026 10:20pm HKT
UnionPay Enables 25 International Wallets to Support Weixin Pay QR Code in China’ Mainland
#Finance
#Business
22 December 2025 9:12pm HKT