FBS Dan Bros Gang TV Membawa Perubahan Bermakna Kepada Komuniti Orang Asli Malaysia



SINGAPURA - Media OutReach Newswire - 28 Oktober 2025 - FBS, broker global terkemuka, bekerjasama dengan pencipta kandungan Malaysia Bros Gang TV untuk menyokong komuniti Orang Asli di Taman Negara Pahang melalui inisiatif amal ikhlas yang membuktikan betapa aksi prihatin yang kecil sekali pun mampu mewujudkan perubahan yang bermakna.

FBS Dan Bros Gang TV Membawa Perubahan Bermakna Kepada Komuniti Orang Asli Malaysia
FBS Dan Bros Gang TV Membawa Perubahan Bermakna Kepada Komuniti Orang Asli Malaysia

Projek ini bermatlamat untuk memastikan semua sumbangan dan aktiviti memberi manfaat langsung kepada keluarga Orang Asli yang memerlukan. Di bawah penajaan FBS, pasukan Bros Gang TV menyampaikan barangan keperluan asas, berinteraksi dengan komuniti, dan mencipta kandungan yang memberi inspirasi untuk menggalakkan orang lain memberi kembali.

"FBS telah wujud selama bertahun-tahun dan telah membina kehadiran yang kukuh di pasaran. Tetapi apa yang paling menonjol ialah komitmen mereka untuk berbuat ihsan — bukan hanya melalui pendidikan trading, tetapi juga melalui aksi nyata yang membawakan perubahan," kongsi Bros Gang TV. "Terima kasih sekali lagi kepada FBS kerana sentiasa menyokong usaha yang besar maknanya seperti ini, dan kerana membuktikan bahawa kejayaan bukan hanya tentang keuntungan, tetapi juga tentang membantu insan lain."

Inisiatif tersebut menyediakan bekalan penting, termasuk beras, makanan dalam tin, minyak masak, barangan kebersihan diri, dan kudapan tempatan kepada kira-kira 30 isi rumah, membantu mereka memenuhi keperluan harian. Di samping itu, FBS turut menyumbang pek merchandise dengan kemeja-T, beg, topi dan buku nota untuk menyokong aktiviti dan menyediakan hadiah untuk kanak-kanak di sana.

"Di FBS, kami percaya bahawa kejayaan bermakna mewujudkan nilai yang melangkaui trading," kata pasukan FBS. "Komitmen kami untuk memberi kembali kepada komuniti mencerminkan siapa kami sebagai sebuah jenama – jenama yang berusaha untuk melakar perubahan positif di mana sahaja kami beroperasi."

Untuk maklumat lanjut mengenai FBS dan projek CSR kami, sila layari https://fbs.com/social-responsibility.






Hashtag: #FBS #trading #Forex #broker

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Tentang FBS
Tentang FBS
adalah jenama global yang menyatukan beberapa syarikat broker bebas di bawah lesen FSC (Belize), CySEC (Cyprus), dan ASIC (Australia). Dengan 16 tahun pengalaman dan lebih 100 anugerah antarabangsa, FBS terus berkembang dengan mantap sebagai salah satu broker yang paling dipercayai di pasaran. Hari ini, FBS memberikan perkhidmatannya kepada lebih 27,000,000 trader dan lebih 700,000 partner di seluruh dunia.
ISSUER:

FBS

CATEGORY:

Event & Exhibition

READ IN:

English

PUBLISHED ON:

28 Oct 2025 12:00pm

Past Press Releases

MORE
#Event & Exhibition #Philanthropy and Social Investments

28 October 2025 12:00pm HKT

FBS and Bros Gang TV Bring Meaningful Change to Malaysia’s Orang Asli Community

#Technology #Business

20 October 2025 11:00am HKT

FBS AI Assistant Helps Traders Skip Market Noise and Focus on Strategy

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW