Sipzz Membuka Kedai Flagship Kedua di Paradigm Mall, Johor Bahru



Menyambut Tahun Baru Cina dengan Koleksi Kuda yang Ceria dan Meriah

JOHOR BAHRU, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - Susulan kejayaan kedai flagship pertamanya di Paradigm Mall, Petaling Jaya, Sipzz, jenama tumbler gaya hidup Gen-Z kini meraikan pembukaan kedai flagship keduanya di Paradigm Mall, Johor Bahru. Bagi menandakan pencapaian ini, Sipzz memperkenalkan Koleksi Tahun Baru Cina 2026 bertemakan Sip Your Way to Prosperity, yang menampilkan dua siri rekaan tumbler penuh elemen perayaan iaitu The Fortune Ride H2O (360ml) dan H2O (550ml), serta The Lucky Hop H2O (550ml). Kedua-dua tumbler ini direka untuk membawa tuah dan kegembiraan, sekali gus menyuntik gaya serta keseronokan dalam rutin hidrasi harian.

Have a refreshing festive season with Sipzz CNY 2026 Collection

Pengurus Pemasaran Sipzz Malaysia, Catherine Soo, berkata, "Hidrasi bukan sekadar satu keperluan harian, tetapi juga satu pengalaman yang mampu mencipta detik yang menyeronokkan dan bermakna. Kesedaran terhadap kesihatan dan kesejahteraan semakin meningkat, terutamanya dalam kalangan komuniti di Malaysia dan Singapura. Melalui tumbler yang direka dengan teliti, kami ingin memberi inspirasi kepada golongan muda dan profesional yang bekerja untuk kekal sihat serta mengamalkan pengambilan air setiap hari, sambil menikmati rekaan yang ceria dan penuh gaya. Justeru, Koleksi Tahun Baru Cina 2026 ini direka khas untuk menghidupkan falsafah tersebut dengan menggabungkan rekaan perayaan dan fungsi praktikal bagi kegunaan seharian."

Bersempena dengan pembukaan kedai Sipzz di Paradigm Mall JB, pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman koleksi yang imersif dari 5 hingga 8 Februari 2026, termasuk demonstrasi ukiran nama (engraving), pratonton produk serta aktiviti interaktif seperti ruang foto bertemakan perayaan yang direka khas untuk perkongsian media sosial. Koleksi ini mengubah hidrasi harian menjadi satu ritual perayaan moden dengan gabungan elemen praktikal dan simbolik, sekali gus menarik penglibatan pengunjung bagi mencipta kenangan bermakna seisi keluarga sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina.

Direka khas untuk menggalakkan gaya hidup sihat berbanding pemberian hadiah hiasan tradisional, koleksi ini menekankan konsep pemberian hadiah berasaskan gaya hidup yang praktikal, seperti tumbler, kepada rakan-rakan atau ahli keluarga. The Fortune Ride H2Oh (360ml) dan H2Oh (550ml) melambangkan perjalanan yang ceria dalam setiap tegukan, membawa simbol tuah, memupuk sikap positif serta membuka peluang baharu ke mana sahaja anda pergi. Dengan rekaan yang kompak namun praktikal, tumbler ini mampu mengekalkan minuman sejuk sehingga lima jam dan panas sehingga lapan jam, serta dilengkapi reka bentuk kalis bocor untuk kemudahan penggunaan harian.

Sementara itu, The Lucky Hop H2Oh (550ml) menampilkan rekaan yang ceria dan bertenaga dengan penekanan kepada elemen keseronokan, diinspirasikan oleh simbol kuda yang melambangkan spontaniti serta tuah yang berterusan sepanjang tahun. Bagi siri H2Oh 360ml, ia mampu mengekalkan suhu sejuk dan panas sehingga enam jam, manakala H2Oh 550ml pula boleh mengekalkan suhu sejuk dan panas sehingga lapan jam. Semua tumbler Sipzz diperbuat daripada keluli tahan karat 304 yang tahan lasak serta bahan gred makanan bebas BPA, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian mahupun sebagai hadiah.

Bagi tumbler H2Oh Medium dan H2Oh Large, kedua-dua siri initelah diuji dan diperakui oleh SGS, dan semua tumbler Sipzz adalah diperbuat daripada bahan gred makanan bebas BPA dengan keluli tahan karat berkualiti tinggi bagi memastikan ia selamat digunakan. Menurut kajian dan penyelidikan, Gen Z semakin mengutamakan hidrasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup yang seimbang dan sihat. Justeru peralatan minuman yang menarik secara visual mampu meningkatkan pengambilan air harian.









Hashtag: #Sipzz #SipzzMalaysia #GrandOpening #ParadigmMallJB #SIPinProsperity #CNY2026 #CNYCollection #HydrationLifestyle #Tumbler

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Tentang Sipzz
Tentang Sipzz
Ditubuhkan di Singapura, Sipzz ialah jenama tumbler gaya hidup Gen-Z yang menggabungkan estetika warna pastel, bahan premium untuk meningkatkan pengalaman hidrasi harian. Tumbler Sipzz telah diuji dan diperakui oleh SGS, direka untuk ketahanan, gaya dan detik yang mudah dikongsi, menjadikan hidrasi satu pengalaman yang peribadi dan menyeronokkan. Untuk maklumat lanjut mengenai produk, sila layari

ISSUER:

Sipzz

CATEGORY:

Lifestyle

PUBLISHED ON:

04 Feb 2026 01:00pm

Past Press Releases

#Lifestyle #Event & Exhibition

04 February 2026 1:00pm HKT

Sipzz Opens Second Flagship Store at Paradigm Mall, Johor Bahru

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW