Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan, dan Brazil. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee memacu pembangunan ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.
Rakyat Malaysia Nikmati Akses Eksklusif Pertama ke XTEP 2000KM 5.0 Pro di Shopee
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 2 March 2026 – Rakyat Malaysia yang ingin meningkatkan prestasi latihan dan larian kini berpeluang mendapatkan akses awal kepada kasut super-trainer terbaharu XTEP iaitu, XTEP 2000KM 5.0 Pro, yang ditawarkan secara eksklusif di Shopee dari 3 hingga 5 Mac 2026.
XTEP 2000KM 5.0 Pro akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee untuk pembelian awal dari 3 hingga 5 Mac 2026.
Direka untuk larian jarak sederhana hingga jauh, XTEP 2000KM 5.0 Pro menampilkan teknologi outsole XTEPDURA bagi ketahanan yang lebih tinggi, bersama sistem sokongan anti-torsion dan platform bahagian hadapan selebar 116mm untuk kestabilan tambahan. Sebagai "Durability King", kasut ini membantu mengurangkan keletihan kaki dan memberikan keselesaan yang konsisten untuk latihan jarak jauh intensiti rendah (LSD) serta kegunaan harian.
Dapatkan XTEP 2000KM 5.0 Pro dengan Tawaran Istimewa 3.3 di Shopee
Sepanjang tempoh 3 hingga 5 Mac, pembeli boleh mendapatkan XTEP 2000KM 5.0 Pro secara eksklusif di Kedai Rasmi XTEP di Shopee Mall dengan potongan harga sehingga 40% daripada harga asal.
Pembeli juga boleh menikmati baucar jenama yang boleh digabungkan dengan baucar Penghantaran Percuma Tanpa Minimum Perbelanjaan, serta kemudahan bayaran ansuran sehingga 6 bulan pada kadar 0% melalui SPayLater.
Sertai XTEP 10KM Time Trial Run dan Raih Baucar Eksklusif Shopee
Pada 9 Mei 2026, peminat larian dijemput menyertai XTEP 10KM Time Trial Run di Padang Merbok, Kuala Lumpur bersama jurulatih larian dan personaliti kecergasan tempatan, Edan Syah dan Ritzy Amor. Peserta berpeluang menerima baucar eksklusif Shopee untuk ditebus dalam talian melalui Kedai Rasmi XTEP di Shopee Mall, termasuk potongan 25% untuk produk terpilih dan 15% untuk keseluruhan kedai.
Jadilah antara yang terawal mendapatkan XTEP 2000KM 5.0 Pro secara eksklusif di Shopee Mall dari 3 hingga 5 Mac 2026, dengan potongan harga sehingga 40% di shopee.com.my/xtep.os.
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Past Press Releases
MORE
#Retail
#Lifestyle
18 March 2026 5:25pm HKT
Shopee Belanja Malaysians to Free Coffee This Raya with Tap & Win Game
#Retail
#Business
18 March 2026 12:00pm HKT