Airbnb: Perjalanan Perayaan Catat Lonjakan, Carian oleh Pengembara Malaysia Meningkat Lebih 200% Sempena Ramadan
- Carian di Airbnb oleh pengembara Malaysia pada 2025 meningkat lebih 200% tahun ke tahun bagi daftar masuk sempena bulan Ramadan dan hampir 50% bagi daftar masuk sempena Hari Raya.
- Perjalanan berkumpulan terus menerajui corak perjalanan musim perayaan
Data Airbnb menunjukkan bahawa carian pada tahun 2025 oleh tetamu Malaysia bagi daftar masuk sempena bulan Ramadan meningkat lebih 200%, mencerminkan peningkatan niat perjalanan sempena musim perayaan. Carian sempena Hari Raya turut meningkat hampir 50%*, apabila keluarga dan rakan-rakan merancang percutian bagi mengeratkan hubungan serta meraikan perayaan bersama-sama.
Perjalanan perayaan melangkaui bandar-bandar utama
Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Melaka muncul sebagai destinasi domestik paling popular sepanjang musim perayaan***. Pada masa yang sama, permintaan perjalanan melangkaui hab bandar utama.
Minat terhadap negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak menunjukkan peningkatan sempena Hari Raya, mencerminkan keutuhan tradisi balik kampung. Sementara itu, perjalanan berkaitan Tahun Baharu Cina juga meliputi destinasi di Malaysia Timur, termasuk Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah***.
Perjalanan antarabangsa turut memuncak sepanjang tempoh perayaan, apabila rakyat Malaysia memanfaatkan cuti umum untuk bercuti ke luar negara. Antara destinasi luar negara paling popular ialah Tokyo dan Osaka di Jepun, serta Perth, Australia***.
Tingkah laku perjalanan dipacu oleh semangat kebersamaan – perjalanan berkumpulan dan keluarga mendominasi
Sama ada melancong di dalam mahupun ke luar negara, rakyat Malaysia terus menjadikan kebersamaan sebagai teras sambutan mereka. Merentas ketiga-tiga perayaan tersebut, penginapan berkumpulan dan bersama keluarga menyumbang purata lebih 80% daripada jumlah keseluruhan malam yang ditempah, sekali gus menonjolkan keutamaan terhadap pengalaman percutian yang dikongsi bersama****.
Tempahan oleh rakyat Malaysia bagi keseluruhan rumah pula naik secara purata sekitar 95% semasa tempoh perayaan. Ini menunjukkan keutamaan terhadap penginapan yang dapat menampung keluarga dan kumpulan yang lebih besar dengan selesa untuk pertemuan bersama orang tersayang****.
Kemudahan yang paling banyak dicari bagi tempoh ini termasuk kolam renang, mesin basuh, Wi-Fi, tempat letak kereta dan penyaman udara, memperlihatkan pertimbangan praktikal yang mempengaruhi tempoh penginapan yang lebih panjang sepanjang musim perayaan***.
Ketua Negara Airbnb bagi India dan Asia Tenggara, Amanpreet Bajaj berkata, "Detik perayaan di Malaysia berakar umbi dalam semangat kebersamaan. Dengan beberapa sambutan utama berlangsung serentak tahun ini, kami melihat perjalanan menjadi sebahagian penting daripada cara rakyat Malaysia berhubung semula, sama ada pulang ke kampung, berkumpul bersama keluarga, atau merancang percutian yang bermakna. Di Airbnb, kami turut menyaksikan permintaan kukuh terhadap kediaman yang lebih luas, yang membolehkan keluarga dan rakan-rakan meraikan perayaan dengan selesa. Ini mencerminkan bagaimana perkongsian ruang terus membentuk corak perjalanan orang ramai ketika detik budaya yang penting."
*Berdasarkan data dalaman Airbnb mengenai carian yang dibuat antara Januari hingga Disember 2025 oleh tetamu Malaysia bagi daftar masuk pada 18–20 Februari 2026 (, berbanding carian yang dibuat antara Januari hingga Disember 2024 bagi daftar masuk pada1–3 Mac 2025
**Berdasarkan data dalaman Airbnb mengenai carian yang dibuat antara Januari hingga Disember 2025 oleh tetamu Malaysia bagi daftar masuk pada 20–22 Mac 2026, berbanding carian yang dibuat antara Januari hingga Disember 2024 30 Mac hingga 1 April 2025.
***Berdasarkan data dalaman Airbnb mengenai carian yang dibuat antara Januari hingga Disember 2025 oleh tetamu Malaysia bagi daftar masuk pada 16–18 Februari 2026 (Tahun Baharu Cina), 18–20 Februari 2026 (Ramadan) dan 20-22 Mac 2026 (Hari Raya), berbanding carian yang dibuat antara Januari hingga Disember 2024 oleh tetamu Malaysia bagi daftar masuk pada 28–30 Januari 2025 (Tahun Baharu Cina), 1–3 Mac 2025 (Ramadan) dan 30 Mac-1 April 2025 (Hari Raya).
****Berdasarkan data dalaman Airbnb mengenai tempahan yang dibuat oleh tetamu Malaysia pada tahun 2025 bagi daftar masuk antara 16–18 Februari 2026 (Tahun Baharu Cina) 18–20 Februari 2026 (Ramadan), dan 20-22 Mac 2026 (Hari Raya) bagi perjalanan berkumpulan, keluarga serta keseluruhan kediaman.
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
ISSUER:
Airbnb
CATEGORY:
Hospitality
READ IN:
PUBLISHED ON:
27 Feb 2026 03:00pm
Past Press Releases
#Hospitality
#Advertising, Marketing & Public Relations
27 February 2026 3:00pm HKT