Bersiap Sedia Menjelang Syawal dengan Pilihan Fesyen Tempatan di Bazar Hebat Ramadan Shopee
KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach Newswire - 24 Februari 2026 - Ketika rakyat Malaysia menghayati bulan Ramadan yang penuh keberkatan, persiapan menjelang Syawal semakin rancak dengan pembeli mula mencari busana sopan yang serasi untuk digayakan seisi keluarga. Bersempena kemuncak Feb 25 Jualan Awal Ramadan,
ShopeeBazar Hebat Ramadan menghimpunkan koleksi terpilih daripada jenama fesyen tempatan popular dalam satu hab yang memudahkan. Disertai tawaran menarik, diskaun eksklusif siaran langsung serta ganjaran istimewa, keluarga kini boleh mendapatkan kelengkapan Raya dengan lebih mudah sambil menyokong jenama Malaysia.
Bazar Hebat Ramadan Shopee
Berikut merupakan lima pilihan fesyen daripada jenama tempatan untuk diterokai pada
25 Februari sempena Jualan Awal Ramadan:
1. UMMA
Mulai Syawal dengan
Kebarung Labuh Harum Mekar daripada
UMMA, direka untuk sambutan yang selesa dengan fabrik separa jarang yang ringan serta potongan longgar. Digemari penyanyi tempatan
Mimi Fly, rekaan ini menggabungkan keindahan tradisi dengan sentuhan moden menerusi kemasan renda halus, dan ditawarkan dalam rona hijau lembut serta krim cair.
Untuk tempoh terhad, pembeli yang mendapatkan Kebarung Labuh Harum Mekar bersama
Baju Kebarung Labuh dalam pesanan yang sama akan menerima span solekan percuma sebagai tambahan istimewa, selain menikmati potongan sehingga 15% bagi pembelian minimum RM80, eksklusif di Shopee.
2. Asikin Ahmad
Direka dengan mengambil kira pelbagai gaya ,
Linen Bayu Sulam Kurung oleh
Asikin Ahmad sesuai digayakan bukan sahaja pada Hari Raya, malah untuk pelbagai acara lain. Diperbuat daripada linen yang ringan dan sejuk, ia memberikan keselesaan berpanjangan sepanjang hari perayaan, siluet santai bersama kain potongan lurus menampilkan struktur yang kemas dan elegan.
Sesuai digayakan daripada majlis perayaan hingga ke suasana profesional, set ini hadir dalam enam pilihan warna sempena
Feb 25Jualan Awal Ramadan di Shopee. Pembeli boleh mendapatkan baucar
potongan kedai 15% dengan perbelanjaan minimum RM130, eksklusif di platform tersebut.
3. Theins
Serlahkan penampilan Syawal dengan
Mahsuri Baju Kurung, rekaan terlaris daripada
Theins yang menjanjikan penampilan memukau. Direka dengan potongan moden yang sedikit kembang serta pad bahu halus, siluetnya memberi kesimbangan dan kemasan berstruktur, manakala kain berlipat menambahkan elemen gerakan anggun yang mencuri tumpuan.
Dicipta untuk mereka yang gemarkan gaya berani dengan sentuhan sofistikated, koleksi ini hadir dalam rangkaian warna menarik yang menyerlahkan personaliti si pemakai. Dengan harga hanya RM146, pembeli berpeluang menikmati potongan sehingga
15% serta menerima
sampul duit raya percuma dengan setiap pembelian daripada koleksi Raya terbaharu
Theins, sebagai pelengkap persiapan musim perayaan.
4. Pazze
Abadikan semangat kebersamaan dengan persalinan sedondon seisi keluarga menerusi set padanan daripada
Pazze.
Baju Melayu Modern Slim Fit untuk bapa dan anak lelaki di bawah
Siri Sedondon direka dengan zip mesra wuduk yang tersembunyi di bahagian lengan dan sisi, memudahkan pengambilan wuduk tanpa menjejaskan kemasan penampilan.Perincian praktikal ini membolehkan pemakai beralih daripada ibadah ke sesi kunjung-mengunjung dengan lancar.
Menawarkan lebih 10 pilihan warna serta pelbagai saiz untuk dewasa dan kanak-kanak,
Pazze menyediakan pilihan praktikal serta serba guna untuk busana keluarga sepanjang musim perayaan. Pembeli juga boleh mengikuti
siaran langsung harian untuk menyaksikan demonstrasi produk secara langsung dan menikmati baucar eksklusif
potongan 30% bagi pembelian menerusi
livestream.
5. HAYĀ Group
Dengan perbelanjaan perayaan yang sering meningkat, mendapatkan busana Raya yang bergaya dan berpatutan merupakan satu cabaran. Dengan
Satin Blouse Set daripada
HAYĀ Group, iamenawarkan keseimbangan antara gaya dan nilai. Dengan penjimatan sehingga
30% secara eksklusif di Shopee, set ini menjadi pilihan mesra bajet bagi mereka yang ingin tampil bergaya tanpa berbelanja secara berlebihan.
Menampilkan potongan Kedah klasik dipadankan dengan kain lilit labuh yang kemas di pinggang, busana ini menghasilkan siluet yang anggun dan tersusun. Diperbuat daripada fabrik foil lembut yang selesa, kurang berkedut serta mudah digosok, set ini sesuai untuk dinikmati sepanjang musim perayaa tanpa membebankan poket.
Jualan Bazar Hebat Ramadan Shopee pada 25 Februari
Daripada baucar eksklusif dan diskaun
livestream sehingga tawaran mampu milik jenama fesyen tempatan kegemaran rakyat Malaysia, pembeli boleh menambah pilihan busana perayaan ke troli sambil menikmati harga
Shopee Lagi Murah sempena Feb 25 Jualan Awal Ramadan. Dengan kelebihan praktikal seperti
Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum, pesanan dapat diterima tepat pada masanya untuk persiapan balik kampung dan kunjungan rumah terbuka. Raikan Syawal dengan gaya yang sedondon, selesa dan lengkap bergaya, hanya di
Bazar Hebat Ramadan Shopee.
Hashtag: #Shopee #Ramadan #Sale
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan, dan Brazil. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee memacu pembangunan ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.