Shopee Bazar Hebat Raya Cerminkan Trend Pembelian Berasaskan Kandungan
KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach Newswire - 3 Mac 2026 - Sepanjang tempoh jualan utama, rakyat Malaysia semakin memilih pendekatan pembelian berasaskan kandungan untuk meneroka produk dan mendapatkan tawaran terbaik. Ketika kempen Raya Bersama Shopee 2025, pengguna mengikuti Shopee Live bagi menyaksikan demonstrasi secara langsung serta pelancaran eksklusif, yang menjana
lebih 1 bilion tontonan dan mendorong
lebih 132 bilion item terjual menerusi livestream. Pada masa sama,
lebih 67 bilion baucar telah ditebus apabila isi rumah menggabungkan tawaran jenama dan platform bersama Penghantaran Percuma untuk memaksimumkan penjimatan perbelanjaan perayaan.
Shopee Bazar Hebat Raya Cerminkan Trend Pembelian Berasaskan Kandungan
Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, corak pembelian ini terus mempengaruhi cara rakyat Malaysia menghias kediaman, memilih hadiah dan merancang baju Raya.
Berlangsung hingga 25 Mac,
ShopeeBazar Hebat Raya memperkukuh trend ini dengan inspirasi fesyen yang dipacu pencipta kandungan serta baucar 50% Diskaun Shopee Live sepanjang musim perayaan.
Terokai Trend Fesyen Raya dengan #GetReadyWithShopee
Gaya Raya kini semakin dipengaruhi oleh kandungan digital, di mana demonstrasi dan sesi gaya secara langsung membantu pengguna menentukan pilihan sebelum membuat pembelian.
Setiap Jumaat dari 12PM hingga 2PM, bersama sesi tambahan pada tarikh kempen utama,
#GRWS Raya Fashion Hacks di
Shopee Live menampilkan
Farah Deluna,
Sharifah Rose dan
Qisthena yang mengupas trend fesyen Raya terkini serta berkongsi tip penggayaan — daripada padanan warna hingga teknik lilitan tudung — untuk penampilan yang lebih menyerlah. Produk yang dipaparkan boleh terus dimiliki dengan baucar 50% Diskaun Shopee Live yang dipertingkatkan, serta digabungkan bersama tawaran jenama.
Jenama tempatan seperti
Adnaa,
Siti Khadijah dan
Haera HQ turut menampilkan koleksi terbaharu menerusi
Raya Best Sellers dan New Arrivalsyang ditambah stok setiap hari dengan diskaun 50%. Sementara itu, sesi
Super Brand Day pada
hujung minggu dari
1PM hingga 2PM mengetengahkan jenama seperti
Naelofar dan
My Ballerine dengan pelancaran eksklusif serta baucar tambahan.
Bagi penjimatan lebih besar, pengguna boleh merebut
RM10 Fashion & Beauty Flash Deals dari 12PM hingga 2PM pada tarikh berikut:
3 Mac: Jualan Persiapan Raya
10 Mac: Jualan Istimewa Raya
15 Mac: Jualan Hebat Raya
25 Mac: Jualan Akhir Raya
Rancang Rumah Terbuka Raya dengan Shopee Live
Dalam kesibukan melengkapkan persiapan rumah terbuka,
Shopee Live menjadi platform inspirasi harian. Bersiaran
setiap hari pada 12PM dan 8PM, hos menampilkan produk
Shopee Lagi Murah merangkumi barangan runcit, fesyen Muslim, kesihatan dan kecantikan serta elektronik daripada jenama seperti
ZUS Coffee,
Wardah, dan
PerySmith.
Pembelian melalui Shopee Live membolehkan pengguna menikmati
baucar 50% Diskaun Shopee Live setiap hari, selain tawaran Shopee Lagi Murah dan
RM10 Knockout Deals daripada jenama terpilih seperti Haier, Dreame dan Gintell — yang boleh digabungkan bersama
Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum serta
Shopee Coins untuk penjimatan tambahan. Bagi pembelian bernilai lebih tinggi,
kadar faedah SPayLater 12 bulan yang lebih rendah menawarkan kemudahan pembayaran yang lebih fleksibel sepanjang musim Raya.
Mereka yang ingin menyempurnakan hidangan Raya sambil berpeluang membawa pulang ganjaran boleh menonton
Khairul Amingdi Shopee Live pada
3 Mac jam 5PM, di mana beliau akan berkongsi resipi sambal dan dendeng kegemaran ramai serta mengacarakan
Shopee's Eksklusif Sampul Raya Giveaway. Pada malam yang sama
jam 8.30PM,
Duta Jenama Shopee Mimi Fly dan
Hael Husaini turut bersiaran dalam sesi langsung khas Raya yang menampilkan temu bual eksklusif serta segmen permainan interaktif sambil berkongsi cara mereka menyambut musim perayaan.
Shopee Bazar Hebat Raya
Dapatkan inspirasi untuk setiap momen Raya dan nikmati
Diskaun 50% Trend Fesyen Raya,
baucar 50% Diskaun Shopee Live setiap hari serta
Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum — semuanya di
Shopee Bazar Hebat Raya. Layari
https://shopee.com.my/m/raya-sale untuk maklumat lanjut.
Hashtag: #Shopee
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan dan Brazil. Shopee memacu ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membantu perniagaan beralih ke platform digital serta mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, selain memperluas akses orang ramai kepada perkhidmatan digital dan memperkasa komuniti tempatan.
Shopee menawarkan pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan interaktif, dinikmati oleh jutaan pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang penting kepada ekonomi digital dengan komitmen kukuh untuk membantu jenama tempatan dan usahawan berkembang maju dalam e-dagang.
Shopee ialah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat teknologi global. Misi Sea adalah untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna dan perniagaan kecil melalui teknologi menerusi tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.