Tradisi Bertemu Teknologi: Seni Pertukangan Mekar di Kediaman Terindah, MIFF Menerajui Industri



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 Februari 2026 – Di Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF), seorang adiguru kraf tekun menyempurnakan seunit daun meja kayu padu—memperhalusi kemasan, memperkemas tanggam, dan mencurahkan kesabaran jitu demi hasil yang tiada tolok bandingnya. Hanya beberapa langkah dari situ, sebuah ruang pameran minimalis yang serba sofistikated bersenandung perlahan; kelihatan katil yang boleh dilaraskan hanya dengan satu sentuhan dan sofa yang boleh beralih posisi dengan lancar melalui mekanisma yang tersembunyi kemas hingga seolah-olah tidak kelihatan. Di sini, tiada jurang antara tradisi dan inovasi.

Pembuat perabot sedang giat bekerja
Pembuat perabot sedang giat bekerja

Sebaliknya, MIFF yang bakal berlangsung dari 4 hingga 7 Mac tahun ini di dua lokasi utama iaitu Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), tersingkap sebagai satu perbualan merentasi generasi, di mana pahat dan papan litar berkongsi ruang lantai yang sama. Di sinilah jenama pertukangan kayu tradisional berdiri yakin bersebelahan pencipta perabot rumah pintar. Dalam keharmonian yang tidak dijangka inilah MIFF menzahirkan watak sebenarnya: sebuah pentas di mana ketukangan tidak digantikan oleh teknologi, tetapi diperluaskan olehnya.

Di dalam kediaman paling indah pada hari ini, ketukangan tidak lagi terikat sepenuhnya pada masa silam. Ia hidup tenang seiring teknologi—dikodkan, ditentukur dan diperhalusi—untuk membentuk perabot yang terasa begitu insani namun jelas kontemporari. Pada edisi tahun ini, evolusi ini menjadi tumpuan utama, melonjakkan pameran ini bukan sekadar sebuah pasaran dagangan, tetapi sebagai satu naratif hidup tentang bagaimana tradisi dan inovasi kini wujud secara seiringan.

Cik Kelie Lim, Pengurus Besar MIFF 2026, berkata "Ketukangan tidak hilang ditelan oleh teknologi. Ia sebaliknya berkembang, dengan teknologi kini bekerja bersama pembuatnya, dan bukan menggantikan sentuhan tangan. Di MIFF, evolusi ini berlangsung secara nyata—menjadikan pameran ini bukan sekadar sebuah platform dagangan, tetapi satu kisah hidup tentang keserasian antara tradisi dan inovasi."

Ketukangan pada Abad ke-21

Dalam rumah moden yang ruangnya fleksibel dan fungsi menjadi keutamaan, bentuk ketukangan baharu ini menjawab keperluan kontemporari tanpa mengorbankan keindahan. Hasilnya ialah perabot yang berfungsi lebih cekap, tahan lebih lama dan terasa bersahaja—satu evolusi seni buatan yang dibentuk oleh gaya hidup masa kini.

Peralihan ini jelas dilihat pada hasil kerja pengeluar seperti, antara lain, SMART TOP, di mana kejuruteraan canggih bertemu kemahiran pembuatan perabot yang halus. Ketukangan dizahirkan melalui mekanisme berketepatan tinggi, pergerakan yang lancar dan kecerdasan tersembunyi yang disepadukan dalam perabot harian. Automasi tidak menggantikan kemahiran; ia memperkukuhkannya. Kepakaran manusia membimbing reka bentuk, ergonomik dan pemilihan bahan, manakala teknologi memastikan konsistensi, ketahanan dan skala.

Identiti Budaya sebagai Asas Tetap Reka Bentuk

Namun, seiring kemajuan teknologi, identiti tetap menjadi tunjang. Di seluruh Asia Tenggara, tradisi perabot tidak dapat dipisahkan daripada ekspresi budaya. Anda melihatnya di dalam motif, perkadaran dan bahan yang diwariskan turun-temurun. Di antara pempamer lain di MIFF 2026 ialah jenama seperti TANGGAM yang memperlihatkan bagaimana warisan budaya mampu kekal tetap walaupun kaedah pengeluaran berubah.

Hasil kerja TANGGAM mencerminkan rasa hormat yang tinggi terhadap ketukangan serantau, yang menterjemahkan bentuk dan falsafah tradisional ke dalam perabot kontemporari yang sesuai untuk hiasan dalaman global. Rujukan halus kepada seni bina vernakular, bahan tempatan dan perincian artisanal dipelihara, bukan atas dasar nostalgia, tetapi melalui tafsiran semula yang teliti. Di sini, teknologi menjadi jambatan, bukannya pemisah. Peralatan digital membolehkan estetika warisan diperhalusi, diulang dan dikongsi merentasi pasaran, sekali gus memastikan identiti budaya tidak terhakis oleh skala, sebaliknya dilindungi olehnya.

Merangkul Teknologi Demi Memelihara Tradisi

Barangkali tiada ruang di mana keseimbangan ini terasa begitu dekat selain dalam dunia istirahat. Tidur, satu daripada pengalaman manusia yang paling peribadi, kini menjadi sebuah medan baharu bagi pertemuan di antara kraf dan teknologi.

Luxury Sleep memperlihatkan dengan jelas cara bagaimana sistem canggih dapat memelihara nilai-nilai tradisional bagi keselesaan, penjagaan dan kesejahteraan. Dengan mengintegrasikan teknologi tidur pintar seperti sistem AI BedMatch™ yang dibangunkan bersama saintis di Sleep to Live® Institute serta pemilihan bahan secara teliti serta reka bentuk ergonomik, Luxury Sleep mengangkat satu seni lama ke tahap pengalaman yang bersedia untuk masa depan. Alat penderia, sistem sokongan adaptif dan keselesaan yang dipacu oleh data tidak menyingkirkan elemen kemanusiaan; sebaliknya ia memberi tindak balas kepadanya. Di sinilah letaknya seni ketukangan—pada memahami bentuk tubuh, sebagaimana artisan dahulu memahami kayu atau fabrik. Bezanya sekarang, alatnya bersifat digital.

MIFF 2026: Di Mana Tradisi Bertemu Teknologi

Apa yang menyatukan semua naratif ini ialah MIFF itu sendiri. Pada tahun 2026, pameran ini muncul sebagai sebuah pentas di mana ketukangan dipersembahkan tanpa romantisisme yang berlebihan atau mekanisasi yang kaku, tetapi ditakrifkan semula. Pempamer berkongsi satu kefahaman: bahawa masa depan perabot terletak pada kerjasama —di antara tangan manusia dan mesin, warisan dan inovasi, budaya dan komersial.

MIFF 2026 bukan sekadar mempamerkan produk. Ia mempersembahkan satu falsafah mengenai pembuatan, di mana teknologi melindungi tradisi dan ketukangan berkembang untuk memenuhi tuntutan kehidupan moden. Di dalam kediaman paling indah di dunia, seni ketukangan baharu ini sudah pun giat berfungsi. Dan di MIFF, masa depannya sedang dibentuk.

Edisi ke-32 bagi Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2026 ini akan berlangsung dari 4 hingga 7 Mac 2026, di Kuala Lumpur, Malaysia, merentasi dua lokasi: Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Sertai pameran perdagangan perabot terbesar di Asia Tenggara dari 9:30 pagi hingga 6:00 petang (4–6 Mac) dan 9:30 pagi hingga 5:00 petang (7 Mac). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.miff.com.my.

Untuk mendapatkan imej, sila klik di sini.




Hashtag: #MIFF2026

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai MIFF
Mengenai MIFF
MIFF merupakan pameran perdagangan perabot berorientasikan eksport terbesar dan terkemuka di Asia Tenggara, mempamerkan koleksi perabot kayu, perabot rumah, dan perabot pejabat buatan Malaysia yang paling luas. Sejak 1995, MIFF menjadi platform sehenti yang menghubungkan komuniti lebih 20,000 pembeli dari 140 negara dan wilayah. MIFF dianjurkan oleh Informa Markets, yang merupakan sebahagian daripada Informa PLC, sebuah kumpulan perkhidmatan maklumat B2B terkemuka dan penganjur acara B2B terbesar di dunia.
ISSUER:

Malaysia International Furniture Fair (MIFF) 2026

CATEGORY:

Art & Culture

PUBLISHED ON:

23 Feb 2026 10:00am

Past Press Releases

#Art & Culture #Event & Exhibition

23 February 2026 10:00am HKT

Trad To Tech: Craftsmanship Growing Inside the Most Beautiful Homes as MIFF Leads the Way

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW