Huawei: 450 MHz LTE – Pemacu Utama Di Sebalik Rangkaian Komunikasi Digital
BARCELONA, SEPANYOL -
Media OutReach Newswire - 23 Januari 2026 – Spektrum 450 MHz bakal menjadi pemacu utama dalam grid pintar disebabkan oleh beberapa ciri kebaikannya yang amat unik. Pernah dilihat sebelum ini sebagai jalur frekuensi tradisional, ia telah menyaksikan serta menjalani revitalisasi untuk proses digitalisasi perindustrian.
Di HUAWEI CONNECT 2025, Jason Li, Presiden Pemasaran & Solusi Global dari Unit Perniagaan Digitalisasi Tenaga Elektrik Huawei, mengeluarkan satu kenyataan.
"Dalam industri tenaga, terdapat tiga tren utama pada segmen bahagian pengagihan. Pertama, satu amaun tenaga baharu yang amat besar akan disepadukan ke dalam grid. Mengambil China sebagai satu contoh, menjelang tahun 2030, kapasiti PV terpasang yang diagihkan akan mencecah hampir 1,000 GW. Kedua, penerimaan secara meluas kenderaan elektrik (EV) dijangka tumbuh dengan pesat, di mana sebanyak hampir 110 juta kenderaan EV dan lebih kurang 55 juta tiang pengecas diunjur diperlukan menjelang tahun 2030. Ini merupakan satu cabaran yang agak signifikan untuk pengagihan tenaga. Ketiga, digitalisasi sedang berkembang dengan pesat. AI telah berubah status dari sekadar 'baik-jika-ada' kepada sesuatu yang 'wajib-ada.' Sistem tenaga sedia ada sudah tidak berupaya mencapai tahap perlindungan, automasi, atau digitalisasi yang efektif tanpa sokongan data berkualiti tinggi dan sistem komunikasi yang boleh diandalkan. Dalam grid voltan sederhana, kita bergantung kepada rangkaian tanpa wayar persendirian untuk mencapai backhaul yang boleh diandalkan dan memberi sokongan kepada kawalan poin akhir. Saya percaya 450 MHz merupakan solusi yang optima. Selaku jalur terendah di kalangan standard 3GPP, ia menawarkan liputan yang luas, menyokong sejumlah besar sambungan, dan menyedia serta memberikan satu prestasi rangkaian yang boleh diandalkan, semua ini pada kos yang rendah. Tambahan pula, ia menikmati manfaat dari satu ekosistem yang sudah matang. Ini menjadikannya solusi yang terbaik mungkin untuk syarikat-syarikat tenaga yang sedang menjalani transformasi digital."
Di Mobile World Congress 2026 di Barcelona, Huawei akan mempamerkan lebih banyak kisah kejayaan dalam rangkaian tanpa wayar persendirian dan aplikasi 450 MHz, bersama-sama dengan solusi berinovatif untuk sektor pengagihan tenaga pintar, substesen, dan pemeriksaan loji tenaga. Untuk menerokai kisah transformasi digital yang berjaya dalam sektor tenaga, sila lawati booth Huawei di petak 1H50, Fira Gran Via Hall 1. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://e.huawei.com/en/industries/grid.

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
ISSUER:
Huawei
CATEGORY:
Power & Energy
READ IN:
English, Traditional Chinese, Indonesian, Thai, Vietnamese, Japanese, Korean
PUBLISHED ON:
23 Jan 2026 11:40am
Past Press Releases
MORE
#Energy
#Technology
06 March 2026 7:30pm HKT
Huawei, Meralco, and SANXING Ningbo Launch Intelligent Distribution Solution and Lighthouse Initiative
#Power & Energy
#Technology
21 January 2026 2:20pm HKT