Dari Keperluan Balik Kampung Hingga Persiapan Rumah Terbuka: Nikmati Penghantaran Percuma untuk Semua Pembelian di Shopee
KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach Newswire - 14 Mac 2026– Menjelang Hari Raya Aidilfitri, ramai rakyat Malaysia sedang melengkapkan persiapan akhir — daripada menyediakan sampul duit raya hingga mendapatkan keperluan untuk perjalanan balik kampung dan rumah terbuka. Dalam tempoh ini, permintaan di Shopee turut meningkat merentasi kategori seperti
Bayi & Permainan, Barangan Runcit & Haiwan Peliharaan serta Gaya Hidup, yang menjadi antara pilihan utama pembeli menjelang sambutan perayaan.
Bagi membantu rakyat Malaysia membuat persiapan Raya dengan lebih mudah dan menjimatkan,
Shopee Bazar Hebat Raya menawarkan
Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum untuk Semua Pembelian bermula 13 Mac, bersama pelbagai tawaran menarik serta promosi livestream. Melalui
Fulfilled by Shopee,
pesanan yang dibuat sebelum17 Mac juga dijamin tiba sebelum Raya.
Keperluan Perjalanan Balik Kampung
Sempena rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman, permintaan terhadap
kad prabayar Touch 'n Go turut meningkat bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar. Keluarga yang pulang bersama anak kecil juga mendapatkan keperluan seperti
lampin bayi dan
tisu, manakala pemilik haiwan peliharaan membeli
makanan kucing bagi memastikan haiwan kesayangan mereka dijaga dengan baik sepanjang musim perayaan.
Melalui tawaran
Raya Mesti Beli sehingga
50% diskaun, pembeli boleh mendapatkan keperluan perjalanan seperti lampin MamyPoko, tisu
Vinda, serta makanan kucing premium daripada
Bite of Wild. Bagi mereka yang pulang ke kampung untuk tempoh lebih lama, pembeli juga boleh menikmati tawaran untuk keselesaan dan hiburan keluarga daripada
Gintell dan
Nintendo, dengan harga
RM10 Knockout bermula
14 Mac,
jam 8 malam.
Barangan Popular untuk Rumah Terbuka Raya
Selain pembelian tradisional seperti
lampu Raya dan
sampul duit raya, beberapa barangan praktikal turut muncul sebagai pilihan popular tahun ini.
Kipas USB, misalnya, semakin mendapat perhatian kerana mudah dibawa ketika berkunjung ke rumah terbuka, manakala
tripod telefon menjadi pilihan ramai untuk merakam gambar dan video kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Barangan ini, bersama pelbagai keperluan rumah yang lain, boleh didapati melalui
baucar Shopee Live 50% Diskaun Harian serta tawaran
Shopee Lagi Murah, yang boleh ditindih dengan
Shopee Coins untuk penjimatan tambahan.
Persiapan Juadah Raya dengan Lebih Mudah
Persiapan hidangan Raya turut mempengaruhi tabiat membeli-belah menjelang perayaan.
Sambal dan Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming kekal menjadi pilihan popular bagi mereka yang ingin menyediakan hidangan lazat dengan mudah, manakala peralatan dapur seperti
pencincang makanan semakin digemari untuk mempercepatkan penyediaan hidangan.
Mereka yang bangun awal juga boleh mengikuti
Shopee Live khas bersama Papa Terlanjak Laris dan pengasasnya, Datin Shahida pada 15 Mac jam 5:30 pagi, untuk menikmati baucar eksklusif livestream sehingga
88% diskaun, serta menerima barangan percuma dengan pembelian
D'Herbs Kopi Primadona Gold — sesuai dihidangkan kepada penggemar kopi.
Bagi tuan rumah yang mahukan pilihan lebih mudah, makanan juga boleh dipesan atau diambil sendiri melalui
ShopeeFood sebagai pilihan yang pantas dan praktikal. Melalui
TawaranShopeeFood Jom Rebut, pembeli boleh menikmati
diskaun sehingga 50% daripada jenama seperti
Ayam Gepuk Top Global,
Pop Meals,
Mixue,
Gigi Coffee, dan banyak lagi. Mereka juga berpeluang memenangi
jongkong emas 10g bernilai RM7,450 setiap satu.
Nikmati Penghantaran Percuma untuk Semua Pembelian dan Terima Pesanan Sebelum Raya
Lengkapkan persiapan akhir Raya anda sambil menikmati 50% Diskaun Trend Fesyen Raya,
baucar Shopee Live 50% Diskaun Harian, Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum untuk Semua Pembelian, serta penghantaran lebih pantas melalui
Fulfilled by Shopeedi Shopee Bazar Hebat Raya:https://shopee.com.my/m/raya-sale
Hashtag: #Shopee
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan dan Brazil. Shopee memacu ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membantu perniagaan beralih ke platform digital serta mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, selain memperluas akses orang ramai kepada perkhidmatan digital dan memperkasa komuniti tempatan.
Shopee menawarkan pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan interaktif, dinikmati oleh jutaan pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang penting kepada ekonomi digital dengan komitmen kukuh untuk membantu jenama tempatan dan usahawan berkembang maju dalam e-dagang.
Shopee ialah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat teknologi global. Misi Sea adalah untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna dan perniagaan kecil melalui teknologi menerusi tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.