#AyamBersamaMu: Berbuka Puasa Bersama Ayam Brand™ 2026



Kanak-kanak dan penjaga Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak berkongsi detik iftar penuh bermakna bersama Ayam Brand™.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 16 Mac 2026 – Sempena kemuliaan bulan Ramadan, Ayam Brand™ meneruskan tradisi murninya melalui inisiatif #AyamBersamaMu dengan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak dan penjaga dari Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak.

#AyamBersamaMu: Berbuka Puasa Bersama Ayam Brand™ 2026

Majlis ini dijayakan dengan sokongan NGO Dignity for Children Foundation, menghimpunkan seramai 55 orang kanak-kanak dan 12 orang penjaga untuk bersama-sama berkongsi rezeki, beramah mesra, serta menghayati nilai kasih sayang dan keprihatinan yang menjadi inti pati bulan Ramadan ini.

Apabila azan Maghrib berkumandang, semua hadirin berkumpul menikmati hidangan istimewa yang disediakan dalam suasana penuh kehangatan. Sesi iftar ini bukan sekadar tentang makanan, malah ia melambangkan erti kebersamaan dan kesyukuran. Majlis ini diadakan secara ringkas dan santai, bagi memupuk suasana kekeluargaan sambil mewujudkan suasana yang mesra dan selesa untuk kanak-kanak.

Bagi Ayam Brand™, usaha membantu golongan yang memerlukan sentiasa menjadi keutamaan. Menerusi #AyamBersamaMu, Ayam Brand™ terus komited menyumbang produk makanan berkhasiat kepada mereka yang kurang bernasib baik melalui kerjasama strategik dengan pelbagai rakan komuniti.

Menjelang sambutan Aidilfitri yang akan tiba, keceriaan anak-anak ini diserikan dengan pemberian duit raya serta sumbangan produk makanan daripada Ayam Brand™ bagi menyokong keperluan harian pusat jagaan tersebut.

"Bagi kami di Ayam Brand™, Ramadan adalah masa untuk kita berhenti sejenak dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Walaupun hanya sekadar majlis berbuka puasa yang ringkas, kami berharap ia dapat membawa kegembiraan serta membuatkan anak-anak ini berasa dihargai," kata Teoh Wei Ling, Pengarah Pemasaran Ayam Brand™.

Sejajar dengan tema kempen Ramadan dan Raya Ayam Brand™ tahun ini, "Makan Ceria, Kongsi Bersama", inisiatif CSR ini turut meluaskan semangat perkongsian tersebut agar kemeriahan iftar dapat dirasai oleh lebih ramai dalam komuniti di sekeliling kita.

Melalui #AyamBersamaMu, Ayam Brand™ akan terus memperkukuhkan komitmennya dalam menyokong komuniti yang memerlukan melalui gabungan kasih sayang, pemakanan berkhasiat dan kerjasama erat bersama rakan komuniti di seluruh negara.









Hashtag: #AyamBrand™ #AyamBersamaMu

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
About Ayam Brand™
About Ayam Brand™
Ayam Brand™, adalah satu jenama warisan Tanah Melayu terkemuka di Malaysia dan Asia selama 134 tahun yang dikenali untuk pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggi dan sihat yang bebas daripada bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk-produk Ayam Brand™ dihasilkan di kemudahan-kemudahan berteknologi terkini yang memenuhi standard antarabangsa tertinggi dan menerima pensijilan yang diiktiraf antarabangsa (HACCP, ISO 9001). Rangkaian produk Ayam Brand™ juga telah menerima pensijilan Halal. Ayam Brand telah disenaraikan dalam senarai putih Jakim sebagai Jenama Makanan Halal Yang Diyakini.Ayam Brand™ telah disenaraikan sebagai antara 10 Jenama Pilihan FMCG Malaysia, menurut Kajian Jejak Jenama Asia 2023 oleh Kantar Worldpanel.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Ayam Brand™, sila layari atau sertai
Facebook:
Instagram:
TikTok:
ISSUER:

Ayam Brand™

CATEGORY:

Healthcare

PUBLISHED ON:

16 Mar 2026 02:35pm

Past Press Releases

#Healthcare #Food & Beverage

16 March 2026 2:35pm HKT

#AyamBersamaMu: Berbuka Puasa Bersama Ayam Brand™ 2026

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW