Shopee Belanja Rakyat Malaysia Kopi Percuma Sempena Raya Menerusi Permainan Tap & Win
KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach Newswire - 18 Mac 2026 –
Shopee membawakan sajian istimewa buat rakyat Malaysia yang pulang ke kampung halaman sempena Raya ini menerusi kerjasama khas bersama ZUS COFFEE. Dari 19 hingga 25 Mac, permainan Tap & Win"Raya Kopi Percuma" menawarkan peluang untuk memenangi
Buttercrème Latté percuma, minuman menyegarkan untuk dinikmati sepanjang sambutan Raya.
Shopee Raya Kopi Percuma
Ketika rakyat Malaysia berkunjung ke rumah terbuka dan meluangkan masa bersama insan tersayang, Shopee Raya Kopi Percuma menambahkan lagi keseronokan dengan kejutan istimewa sepanjang musim perayaan. Dari
19 hingga 25 Mac, penonton boleh menonton
TV3 setiap hari dari jam 8 malam hingga 10 malam, di mana kod QR akan dipaparkan di skrin semasa siaran untuk membolehkan mereka terus menyertai permainan.
Bagi yang tidak berkesempatan menonton siaran TV, permainan
Tap & Win ini juga boleh diakses pada bila-bila masa melalui laman utama
aplikasiShopee.
Cara untuk sertai:
Imbas kod QR yang dipaparkan di skrin TV atau buka aplikasi Shopee untuk menyertai permainan Tap & Win
Nikmati satu peluang bermain setiap hari, dengan peluang tambahan apabila berkongsi permainan dengan rakan atau keluarga
Pemenang boleh mendapatkan kod penebusan Buttercrème Latté di aplikasi Shopee (Voucher Wallet > Partner)
Gunakan kod tersebut dalam aplikasi
ZUS COFFEE untuk menebus Buttercrème Latté di cawangan terpilih seluruh negara
Tebus, Kongsi & Raikan dengan #ShopeeRayaKopiPercuma
Pemenang bertuah boleh merakam dan berkongsi momen menikmati
Buttercrème Latté di media sosial menggunakan hashtag
#ShopeeRayaKopiPercuma. Jangan lupa untuk tag akaun rasmi Shopee Malaysia dan
ZUS COFFEE, serta mengajak rakan dan keluarga untuk turut serta sebelum kempen berakhir.
Hashtag: #Shopee
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan dan Brazil. Shopee memacu ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membantu perniagaan beralih ke platform digital serta mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, selain memperluas akses orang ramai kepada perkhidmatan digital dan memperkasa komuniti tempatan.
Shopee menawarkan pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan interaktif, dinikmati oleh jutaan pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang penting kepada ekonomi digital dengan komitmen kukuh untuk membantu jenama tempatan dan usahawan berkembang maju dalam e-dagang.
Shopee ialah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat teknologi global. Misi Sea adalah untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna dan perniagaan kecil melalui teknologi menerusi tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.